Isnin, 5 Mac 2012

Carian tentang MLM, penapis air


statistik carian bulan lalu

Statistik blogger


Carian dan statistik di blogini tidaklah hebat seperti blog-blog lain. Jauh teramat kecil.


Penapis Air

Tidak tahulah kenapa. Carian tentang penapis air banyak betul sangkut di blog.

Walhal artikel saya beli penapis air itu tahun 2008 kalau tak silap. Tapi masih ada lagi yang cari. Penapis air itu pun sudah tak guna lagi, sudah ganti dengan yang lain.

Pada mereka yang nak beli penapis air, buat 'survey' harga dulu. Melambak syarikat yang boleh jual murah-murah. Jangan bazir-bazir beli bio aura hai-O yang beribu RM.

Hal MLM

Tapi saya perasan sejak menulis hal berkenaan MLM, setiap hari mesti ada sangkut carian. Mesti ada yang "view" artikel (mungkin tak baca, takat jengah-jengah).

Kalau tengok dalam gambar statistik, 5 daripada 10 carian berkenaan dengan MLM. (bukan maharaja lawak mega ye)

Score A, Hai-O, Qnet dan Dr Rozmey. Ramai benar yang cari maklumat berkenaan hal ni.

Maksudnya aktiviti MLM masih lagi giat berlangsung.

Walaupun sudah ramai yang makin nampak sisi negatif MLM, tapi masih ada lagi yang percaya dan termakan pujuk rayu.

Kalau tanya berkenaan garis panduan JAKIM, mesti ramai yang tak baca habis. Main redah "join" jadi ahli keluar duit beribu-ribu RM buat 'fast track'. Akhirnya produk tak terjual, downline tak dapat. Duduk pening kepala, nak bayar hutang dengan bank bertahun-tahun.

Carian Lain
Carian yang lain banyak berkenaan nasihat dan juga pandangan serta isu semasa. Kalau masa kecoh isu Saham 1 Malaysia ada riba, memang tiap-tiap hari dalam tempoh sebulan tu, carian berkenaan Saham 1 Malaysia mesti sangkut.

Kepada mereka yang cuba cari gambar awek seksi, minta maaflah. Tak ada di blog ini. Yang ada pun sudah di"blur"kan wajah, dan sekadar jadi ingatan tentang hal berkenaan aurat. Koleksi takde ye. Cari di tempat lain.


Carian di blog anda?

Moral : Tulis perkara yang bermanfaat. Ada ilmu sama-sama kongsi dengan orang lain. Apa nak malu kongsi benda-benda baik di blog kan?


4 ulasan:

msredcheesecake berkata...

Bagauslah kalau dapat kongsi ilmu atau apa2 info yg kita tahu.... Dpt tolong ramai orang...

APAN berkata...

apa yg dicari tu dah jadi mcm 'niche' utk blog ko ni bro.ok la tu...boleh dijadikan rujukan dan peringatan kpd orang lain :)

nurfauzi berkata...

tapi yang pasal penapis air tu pelik la..satu je artikel pasal penapis air tu. tapi selalu je keluar carian pasal benda tu

tashriq amir berkata...

Noob

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...