Selasa, 6 Mac 2012

Hukuman bagi mencuri


Hebat kan undang-undang negara kita. Sekecil-kecil kesalahan mencuri kena hukum penjara setahun.

Jumlah barang yang dicuri hanya RM80, tak sampai pun RM100. Tetap dihukum bersalah.

Tapi...


Pelik juga yang masuk keluar mahkamah, songlap duit berjuta-juta, pun kena penjara setahun.

Hebat kan?

Walhal seorang bekas menteri besar, hidup mewah, cukup segala kelengkapan, senang lenang didapati bersalah rasuah (aset bernilai RM3.5 juta), kena hukum penjara setahun.

Seorang lagi buruh yang gaji kecil, hidup terdesak, sering tak cukup makan, korek-korek tabung nak beli barang. Mungkin mencuri ini pun sebab dah terdesak duit tak cukup (nilai barang dicuri RM80), pun kena penjara setahun.

Walhal
Kes mencuri bernilai RM80 ini boleh selesai luar. Tuan kedai jangan terlalu berkira nak hukum kesalahan orang. Benar orang itu buat salah mencuri. Tapi berbaloikah tindakan tuan kedai hantar pesalah yang miskin itu pada polis. Kena masuk mahkamah, kena hukum penjara setahun.

Kalau pencuri itu ada keluarga, siapa yang nak jaga keluarga dia? Siapa nak tanggung anak dia?

Disebabkan kita dakwa dia mencuri (yang nilainya tak seberapa), pesalah dihukum, dan keluarganya sekali hidup susah.

Kisah lain yang ada sikit kaitan : http://www.nescafeais.com/kenapa-curi-sebab-nak-beli-beras-kami-lapar-sgt-kafa-integrasi/

Tuan kedai dalam video di bawah ini lebih berperikemanusiaan.



4 ulasan:

dayat berkata...

kos duk dalam penjara setahun pun rasa lebih dari 100

nurfauzi berkata...

kos untuk banduan memang banyak.
makan, pakaian, bil elektrik, air, prasarana lain...memang banyak kos.

Tanpa Nama berkata...

nama dah mencuri memang salah dari hukum syariah melainkan syarat yang tertentu..

Tanpa Nama berkata...

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...