Khamis, 23 Februari 2012

Tazkirah Jumaat - biasakan sebut yang baik- baik.

Satu hari di pra sekolah...


Cikgu  : Ok semua, hari ni tak ade kerja sekolah ye.
Murid : Yahhhoooooo!!!! Horeee!!!!

kecuali seorang sahaja,

Haikal : Alhamdulillah...

Pengajaran

Anak-anak perlu dibiasakan mendengar perkataan yang baik-baik. Sebab mereka belajar melalui persekitaran.

Jika kita hidangkan mereka dengan zikir " oh shit! bull shit! bab1 kau! tak guna! bodoh! dan lain-lain lagi...

Maka itulah yang akan bermain dibibir mereka.

Mati sebut lailahaillallah?

Sekarang nak sebut memang senang.

Dalam TV kita lihat bila orang nak meninggal, sebut lailahalillallah. Nampak mudah kan?

Tapi realiti sebenarnya kita tak tahu.

Bergantung pada amalan kita di dunia.

Rasanya kalau tiap-tiap hari mencarut, nak mati nanti boleh sebut lailahaillallah?

Selalu maki hamun orang, boleh sebut lailahaillallah senang-senang bila nak sampai ajal?

Ustaz saye beritahu, apa yang kita sebut, amalkan, it yang terkeluar dari mulut bila ajal menjemput...

Kita bagaimana nanti?

Tinggi mana pun jawatan, semulia manapun, kaya mana pun di dunia, kita tetap akan mempunyai status yang sama. Status sebagai jenazah...

2 ulasan:

msredcheesecake berkata...

jaga pertuturan bukan untuk ajar anak sj. untuk diri sendiri jugak...

ROJAK berkata...

jaga pertuturan bukan untuk diri sendiri je tapi untuk semua orang jugak.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...