Rabu, 22 Februari 2012

Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel?

Seperti mana yang saya tahu, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, kerana Mlaysia berpendirian tidak mengiktiraf kewujudan negara itu yang merampas hak rakyat Palestin.

Namun...

Saya tertanya-tanya setakat mana hubungan diplomatik itu? Bagaimana pula dengan hubungan dagang syarikat dan firma swasta di Malaysia dengan syarikat dari Israel?

Kenyataan menteri ini cukup merisaukan.

Memang kita tersepit, banyak produk terkenal, termasuklah cip intel yang digunakan dalam komputer itu juga ada melibatkan Israel.

Namun kenyataan menyatakan firma Malaysia boleh menjalin hubungan dagang dengan Israel, tidak mencerminkan pendirian Malaysia yang menentang kewujudan negara itu.

Sibuk menuduh pihak sana agen Israel, tapi membenarkan firma swasta menjalin hubungan dagang dengan Israel. Hipokrit?

Tidak masuk lagi isu kerajaan yang membayar puluhan juta RM untuk APCO yang mempunyai kaitan rapat dengan Israel.

Jadi apa sebenarnya status tiada hubungan diplomatik dengan Israel?

Ada sesiapa yang mahir boleh jelaskan?

1 ulasan:

APAN berkata...

duit punya pasal, gitu la jadi...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...