Ahad, 26 Februari 2012

Isu kilang Lynas dan Himpunan Hijau

Mari kita dengar dan tonton dahulu video ini.



Yalah, ada orang kata mamat matsaleh dalam ni mungkin menipu kan. Semua orang boleh buat vieo, upload di youtube.

Tapi bila fikirkan, memang ada rasionalnya apa yang cuba disampaikannya.

Antara yang menjadi tanda tanya saya, mengapa Lynas tak mahu buat kilang di Australia sendiri, jauh merantau ke Malaysia? Berkenaan perjanjian, cukai dan macam-macam lagi.

Penduduk di Australia sendiri tak mahu kilang ini. Malaysia mahu?

Kalau kita cari kes berkenaan Bukit Merah, macam-macam cerita kita dengar. Antaranya termasuklah kelahiran bayi-bayi yang cacat di kawasan bukit merah, Kita sedia maklum, pencemaran radioaktif boleh menyebabkan gangguan pada genetik dan memberi kesan pada generasi akan datang.

Seperti kes di Vietnam dan Hiroshima. Hingga hari ini, kita dapat lihat bagaimana generasi yang dicemari oleh radioaktif 'agen oren' yang 'dihadiahkan' oleh Amerika. Generasi yang lahir di kemudian hari ramai (memang ramai) yang cacat. Ini juga berlaku di Jepun kesan bom atom yang digugurkan di Hiroshima.

Saya bukanlah jurutera, ahli biologi atau ahli kimia yang mahir berkenaan radioaktif.

Tapi cakap-cakap mat Saleh dalam video itu ada benarnya. Kalau kilang yang mencemarkan alam sekitar pun kita halang dan bising. Inikan pula kilang yang menghasilkan sisa radioaktif, dan dilupuskan tidak jauh dari kediaman manusia?

Himpunan Hijau

Ramai yang tak suka himpunan hijau.

Tapi saya bersetuju secara peribadi. Ada isu dan fakta yang kukuh untuk diperjuangkan.

Ini hal berkenaan dengan keselamatan orang awam.

Kalau di tempat ain luar negara, sisa yang mengandungi radiasi dilupuskan jauh beratus km dari kediaman orang awam. Di Malaysia? Di Bukit Merah?

Orang duduk di kawasan Bukit Merah mungkin lebih memahami. Bagaimana kawasan bekas kilang, dan di sekitarnya sekarang?

p/s: himpunan seperti himpunan Hijau ini jika ramai yang hadir, boleh menjana ekonomi setempat. Lambakan pelancong domestik tiba-tiba datang. Salah satunya penggunaan petrol pasti meningkat. Itu tak termasuk perbelanjaan lain yang dikeluarkan oleh peserta. Sepatutnya himpunan bersih juga boleh jana ekonomi setempat.

2 ulasan:

aReLaN berkata...

diorang lebih pentingkan keuntungan banding ngan keselamatan manusia yang ada ni.ish3.takkan nak tunggu ada yang sakit ke apa baru nak berenti.bengong betul la diorang ni kan.

Nur Fauzi berkata...

eden bukan nak bias.
cuma rasa tak sedap hati.
bila cari maklumat tentang hal kat bukit merah, banyak cakap-cakap yang merisaukan hati.
naik turun mahkamah jugak tokey kilang dulu, penduduk pun ramai benar yang bantah...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...