Isnin, 27 Februari 2012

Pujian dan pengiktirafan kepada murid...perlu?

Anak-anak di sekolah memerlukan pujian dan pengiktirafan daripada guru.


Perkara ini boleh menjadi galakan dan motivasi kepada mereka untuk belajar.

Benarkah begitu.

Kita sebagai orang dewasa pun suka dan gembira bila dipuji. Inikan pula orang lain.



Apabila diberikan pujian, anak-anak yang gembira ini lebih terdorong dan mudah mengikut arahan, berbanding apabila dimarahi. Mereka cenderung membuat sesuatu secara rela dan mencuba yang terbaik. Walaupun tidak dinafikan, marah itu perlu apabila tiba masanya.

Mereka inginkan juga mahukan pengiktirafan dari ibu bapa. Contohnya apabila memenangi pertandingan. Cuma caranya agak berbeza. Ada yang akan terus memkalumkan kepada guru atau ibu bapa, tapi ada juga yang menunggu ibu bapa atau guru yang menegur, menyapa, menyedari dahulu.

Senario 1
Arelan memenangi pingat emas acara lompat tinggi peringkat daerah. Pulang ke rumah, dia memaklumkan dan menunjukkan pingat yang dimenanginya kepada ibu dan ayahnya. 

- tiada masalah dalam situasi ini. Ibu bapa yang baik akan meraikan kejayaan anak mereka, dan mungkin memberikan hadiah galakan yang lain.

Senario 2
Apan memenagi pingat perak acara larian 1500m. Di rumah, dia tidak memaklumkan kepada ibu bapanya. Tetapi pingat itu sentiasa dikalungkan semasa berada di dalam rumah.
(kisah benar berlaku, cuma nama diubah)

- ibu bapa perlu ambil langkah menegur anak mereka dahulu. Mereka mahukan perhatian daripada ibu bapa mereka. 

Tapi walau apa pun kerenah anak murid, guru perlu memberikan pujian dan menghargai kerja dan usaha murid.

p/s: sedang berusaha melakukannya (cikgu ini suka loyar buruk dan kenakan murid.....)

2 ulasan:

APAN berkata...

haha...aku pun da lupa aku arelan atau apan masa kecik2 dulu.tpi banyak mak aku yg tegur dulu.jarang aku buka mulut.nasib baik la ada mak yg rajin bertanya masa tu.huhu...kira boleh pakai gak la nama APAN tu ada kat situ.haha...

cikgu kaki buli la ni...haha...

nurfauzi berkata...

eh bukan suka buli budak..

suka kenakan budak je.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...