Saya perasa, bila semak trafik di nuffnang, ada saja carian tentang MLm yang akan sangku di blog ini.
Setiap hari mesti ada. Paling kurang 2.
Maksudnya setiap hari ada insan yang membaca tentang MLM di blog ini.
Kebiasaannya carian tentang MLM Hai-O, score A dan Questnet.
Mereka yang membaca menerima atau tidak, itu tidaklah saya tahu. Cuma saya sudah berkongsi sedikit maklumat dan pengetahuan setakat yang saya ada.
Syukur juga, maksudnya ada gunanya artikel berkenaan MLM ini ditulis. Bukan trafik yang dipentingkan, tapi berharap agar maklumat ini sampai kepada orang lain.
Harapnya sedikit artikel tidak profesional itu membantu memberi sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang mencarinya.
Masih aktif?
Nampaknya masih banyak lagi MLM yang aktif tanpa menghiraukan status patuh syariah yang telah dikeluarkan oleh JAKIM.
Banyak yang gebang kata MLM halal, apabila disemak dan dibandingkan dengan garis panduan MLM Syariah JAKIM, memang nampak sangat kekurangannya.
Paling ketara adalah majoriti syarikat MLM tidak mempunyai panel penasihat syariah yang dilantik untuk menyemak perjalanan dan pelan syarikat.
Apabila tiada orang yang berautoriti untuk semak, bagaimana mahu diberikan status patuh syariah?
Syarikat yang sudah ada panel syariah juga ada berhadapan dengan beberapa masalah seperti masalah "maintain" setiap bulan, dan macam-macam lagi.
p/s: daripada labur 20k untuk MLM, lebih baik beli saham amanah. Tak pun buat perniagaan konvensional lain. Usahakan kebun dengan 20k tu, banyak hasil boleh dapat.
1 ulasan:
kalau dah kerap kongsi mende tu, x mustahil boleh terlekat keyworf tu bro.huhu...
harap mereka yg mencari boleh sedar la lps baca penulisan ko...
semua nak kaya cpt, tu pasal x pikir mende2 tu semua.semua ingat MLM paling cepat.cepat kena tipu ada la.haha...
Catat Ulasan