Saya terbaca artikel tentang skim SARA 1 Malaysia.
Itu antara ucapan dan penjelasan PM kita berkenaan skim itu.
Saya belum meneliti lagi secara terperinci skim ini.
Namun daripada penjelasan PM itu, saya rumuskan skim ini terlibat dengan RIBA'.
Mengambil RIBA' hukumnya HARAM bagi umat Islam.
Kenapa?
Sebab keuntungan / pulangan telah pun ditetapkan sejak awal lagi. Keuntungan yang dijamin adalah dilarang.
Jika pelaburan, kita berisiko mendapat untung ataupun rugi.
Jika dijamin untung, terang-terang riba'.
Labur RM 5000 untuk beli unit. Kemudian dijamin dapat RM 134 sebulan selama lima tahun.
Saya tidak faham...Malaysia yang diwar-warkan memunyai sistem kewangan Islam antara yang terbaik di dunia, tapi memberi pelan riba' yang pastinya mengundang dosa.
Harap masalah ini dapat perhatian kerajaan.
Jadi apa hukumnya? Menyertai skim itu adalah haram kerana ada RIBA'.
Saya membuat kesimpulan ini berdasarkan maklumat yang didapati daripada internet setakat ini.
Ini bukan hal politik. Ini hal berkenaan dosa dan pahala. (bagi umat Islam). Bagi yang bukan Islam, tak ada masalah.
Saya membuat kesimpulan ini berdasarkan maklumat yang didapati daripada internet setakat ini.
Ini bukan hal politik. Ini hal berkenaan dosa dan pahala. (bagi umat Islam). Bagi yang bukan Islam, tak ada masalah.
Ada yang dok fikir halal haram ni berkaitan dengan ke mana wang itu dilaburkan.
Ok itu cuma sebahagian. Asasnya bila nak buat pelaburan, kita kena pastikan dulu:
1. Sumber pelaburan halal. Maksudnya duit atau harta kita tu halal.
2. Dah pastikan sumber halal, tengok pula akad (kontrak). Kalau kontrak fasid, tak ikut prinsip syariah, tak guna juga walaupun sumber harta kita halal.
3. Kemudian baru tengok ke mana pelaburan kita itu dibuat.
Bukannya tengok pelaburannya ke mana dulu, tapi pastikan harta kita bersih, akad pelaburan ok, kemudian baru ke mana dilaburkan.
Tak guna juga dilaburkan ke tempat yang halal, tapi sumber duit kita haram, akad kontrak ada riba.
* penulis adalah graduan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam UM.
Tambahan
Nampaknya artikel ini diliha banak kali dalam masa 2 hari ini.
Saya hanya menyatakan hukum mengikut apa yang telah saya pelajari berkaitan dengan pelaburan dan kewangan Islam.
Jika ada yang tidak bersetuju, anda boleh komen dan berikan hujjah anda. Nyatakan juga mengapa anda rasakan halal dan selari dengan kehendak syarak.
Saya dapati ramai benar yang tidak setuju tentang riba ini komen dengan emosi. (lihat sini) lihat ruangan komen.
Tiada fakta dan nas. Sungguh kasihan kerana dilihat seperti "terlalu laparkan duit" hingga mengenepikan hal halal dan haram. Tidak semestinya apa yang diperkenalkan oleh kerajaan ini adalah "syariah compliance".
Sebagai umat Islam,sangat penting kita ambil kira hal halal dan haram. Skim apa pun, tak kira siapa perkenalkan pun, selidik dahulu halal dan haram. Tanya jika tidak tahu..
Jika halal dan haram pun kita ambil ringan, apa beza kita dengan 'non muslim'?
4 ulasan:
memang tak patut.. Malaysia nak jadi negara penyokong kuat amalan riba ke apa ni
ramai yang tak dapat terima hakikat
baru je borak ngan membe aku pasal ni mlm tadi.xtau lak ada unsur riba ni...
nak ulas lanjut pun aku kurang ilmu bab ni.
berdiri di belakang penulis je la :)
Penilaian setakat ni, memang haram hukumnya sebab riba'. terang2 jamin untung.
Dia jadi macam ni, seolah kita bagi PINJAM duit pada kerajaan. Kerajaan bayar semula lebih. Walaupun kita yang untung, benda ini tetap riba.
Catat Ulasan