(bukan gebang politik. Tapi lebih mempersoalkan kepada pemegang amanah dan pengurusan zakat)
Kes terbaru tentang zakat yang heboh sekarang adalah tentang penggunaan wang zakat untuk kos guaman. Sejumlah wang telah dikeluarkan daripada wang zakat di KL untuk membiayai kos guaman seorang menteri. Wang tersebut bagaimanapun digantikan semula.
Masalahnya adakah dibolehkan diambil wang zakat untuk kos guaman? Bukan masalah kena ganti semula ye.
Menurut MAIWP, jika menteri itu tidak ganti semula wang itu pun, tak mengapa sebab dikatakan pembayaran kos guaman menteri itu termasuk dalam asnaf fisabilillah.
Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;
1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.
1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.
(rujuk surah at-taubah, ayat 60)
Pendapat peribadi : Saya sendiri tidak bersetuju dengan alasan dibolehkan pembayaran kos guaman untuk seorang MENTERI atas alasan fi sabilillah.
Secara peribadi, saya pernah turun padang membuat kajian tentang asnaf zakat fakir dan miskin di Selangor bersama pensyarah. Kami berjumpa sendiri dengan golongan fakir miskin dan membuat temubual dan soalselidik. Kami juga bertanya kepada amil, dan juga pegawai zakat tentang kelayakan untuk menerima zakat.
Saya juga membuat kajian kertas projek tahun akhir berkenaan zakat di MAIWP. Pergi sendiri ke MAIWP dan baitulmal, berjumpa dengan pegawai zakat dan menemuramah sendiri pegawai zakat tentang kriteria penerima zakat.
Mereka yang mahu memohon zakat perlu dokumen yang lengkap, dan mengisytihar harta mereka. Setelah siap borang dan menjalani tapisan, pegawai zakat akan datang ke tempat kediaman pemohon untuk memastikan maklumat yang betul diberi. Kalau pemohon menipu, memang tak dapat jawabnya.
Astro, telefon bimbit, televisyen, motosikal, kereta, apa-apa juga peralatan yang ditanya perlu diberitahu kepada pegawai. Kalau pemohon yang nak mohon zakat, tapi pasang astro di rumah, memang tak ada harapan nak dapat. Ada kereta? Tengok kereta model apa, tahun keluaran bila, beli sendiri atau orang agi, macam-macam lagi.
Maksudnya? Banyak karenah birokrasi yang perlu dilalui. Ini untuk memastikan penerima zakat adalah benar-benar layak menerima zakat. Sebab itu tapisan dilakukan.
Asnaf fi sabilillah
Senang cerita, wang zakat boleh digunakan untuk mereka yang membuat perkara kebaikan kerana Allah. Belajar di IPT contohnya dikira sebagai asnaf fi sabilillah. Berdakwah, menjalankan program dan ceramah agama boleh dikategorikan fi sabilillah. Ada juga pendapat yang mengatakan askar yang berkhidmat melindungi negara dan berperang termauk dalam asnaf fi sabilillah.
Tapi bagaimana dengan kos guaman?
Kes pak menteri
Sudah tentu menteri yang dibayar kos guaman itu, bukan terletak dalam asnaf fakir, bukan miskin, bukan muallaf, bukan juga amil zakat, bukan hamba, bukan juga golongan berhutang, juga bukan orang musafir terputus bekalan.
Jadi alasannya untuk dibenarkan penggunaan wangzakat cuma tingal fi sabilillah.
Masalahnya adakah layak menteri ini menggunakan wang zakat untuk kos guaman atas alasan fi sabilillah?
Kalau kita ikutkan logik akal sekalipun, seorang menteri yang berpendapatan tinggi, sihat tubuh badan, patut atau tidak mengambi wang zakat untuk membiayai kos guaman dirinya?
Masalah akan timbul dikemudian hari nanti jika MAIWP tidak menjernihkan suasana. ORang ramai akan mempersoalkan dan berpendapat, boleh menuntut kos guaman dari baitulmal. Menteri boleh dapat, kenapa kita tak boleh?
Saya lebih berpendapat ia satu kesilapan yang dilakukan oleh MAIWP dan meteri berkenaan. Apa yang perlu, emngaku kesilapan. Bukan menegkkan benang basah.
Rakyat bawahan merangkak nak mohon bantuan zakat. Menteri senang-senang dapat. Apa jadi? Jangan kata ini bukan isu besar. Ini melibatkan duit zakat. Libatkan jua ketelusan pengurus zakat. Libatkan AMANAH pihak pengurusan.
Mungkin menteri tak minta dibantu menngunakan wang zakat. Perkara yang dipersoalkan ialah pihak yang meluluskan wang zakat itu dikeluarkan...
Mungkin menteri tak minta dibantu menngunakan wang zakat. Perkara yang dipersoalkan ialah pihak yang meluluskan wang zakat itu dikeluarkan...
p/s: kalau dah salah, lebih baik mengaku supaya orang tak makin jadi benci..
4 ulasan:
payah bila nak menangkan diri sndri je tu.yang takleh dibolehkan,yang haram dihalalkan demi kepentingan diri sndri.hmmm
jadi masalah bila tak mengaku silap. jadi kacau bilau.
mufti pun keluar fatwa menyokong. jadi ramai yang tak puas hati.
kalau pergi sendiri buat kaji selidik pemohon zakat ni, memang terasa memang tak patutnya duit zakat dibuat kos guaman MENTERI.
menteri...gaji dah berapa...xkan nak guna wang zakat gak kot...contoh, tengok rumah dorang je la mcm mana...besar2
kalau ikut asnaf fisabilillah, memang tak kira status dia kaya atau tidak. Eden pun pernah dapat duit zakat masa belajar dulu dari orang persendirian padahal bukan dalam kategori miskin pun.
cuma,
orang tetap akan mempertikaikan kemampuan menteri itu juga. dan semestinya ada golongan lain yang patut lebih diutamakan..
Catat Ulasan