Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Jumaat, 13 Januari 2012
Mandi malam tak elok?
Selalu orang tua-tua pesan pada kita, jangan mandi waktu malam.
Nanti senang dapat penyakit.
Kena penyakit paru-paru berair.
Walaupun orang tua saya ada berpesan, entah mengapa saya tak dapat menerima dengan baik. Tak percaya.
Selalu terfikir apa rasionalnya mandi malam boleh dapat paru-paru berair?
Orang yang sukan renang, renang berirama, terjun tu, lagi banyak berendam dalam air. Tak kena pun paru-paru berair.
Atlet yang selalu bersukan malam tu, lepas berpeluh mesti la mandi. Kalau tidak, busuk jawabnye. Takde pun kena paru-paru berair.
Adik saya atlet hoki, main hoki untuk kelab. Latihan selalu malam. Perlawanan pun selalu malam. Lepas bersukan, mesti mandi bersihkan diri.
http://komunitikini.com/kl-selangor/kuala-lumpur/mandi-pada-waktu-malam-tidak-memudaratkan
Ada benarnya apa yang ditulis dalam artikel ini.
Selamat membaca.
p/s: generasi hari ini selalunya mahukan rasional atau sebab yang kukuh...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
saya rajin jugak mandi mlm sebab sblum tdo tak selesa bila bdn melekit
Betul, cuma jangan gatai berendam berjam2 udah le huhu..
badan berpeluh melekit, terus tido tak mandi..banyak kuman bakteria membiak..boleh jadi sakit kulit...
slalu sangat mandi malam especially kalau ada men futsal,badminton lewat malam.tak pon lepas balik keje OT tapi dah lewat.kna mandi gak cmne pon.kalau tak memang tak selesa.tapi kadang2 lepas mndi,segar smpai tahap tkleh nak tdo lk ada.mmg tak kisah pon org ckp mandi malam leh dtg paru2 berair.heheh
ada dengar gak larangan ni dulu2...tpi skang ni aku x ikut pun.kalau nak mandi mlm, selambe je gi mandi...tpi mmg jarang la nak mandi mlm2 ni.sejuk satu hal.huhu...
kalau jenis tak tahan sejuk tu lain cerita..memang boleh demam jugak.
tapi kalau badan dah lekit2, eden tak kiro la pagi ke malam. mandi jugak.
Catat Ulasan