Rabu, 9 November 2011

Questnet / Qnet


Lagi sekali post berkenaan dengan Questnet/ Qnet.

Untuk makluman, Questnet telah diharamkan / dihalau keluar oleh banyak negara termasuklah Indonesia. Anda boleh buat carian tentang kes questnet di internet. Banyak laporan yang mengatakan syarikat ini di ban oleh banyak negara, contohnya Afrika.

Bangga atau tidak? Syarikat ini diterajui oleh seorang rakyat Malaysia.

Kalau mahu maklumat syarikat, produk, pelan, dll..Boleh cari saja di internet. Banyak boleh jumpa.

Questnet ini sudah mula menular dan merebak di Malaysia pula. Anda boleh temui banyak blog yang mempromosikan produk quesnet ini. Biodisc.

Biodisc ini dikatakan menggunakan scalar energy dan boleh merawat air menjadi air yang bertenaga. Bagaimana caranya? Alirkan / lalukan saja air di atas biodisc itu, air itu akan menjadi air yang baik dan bertenaga semudah 1,2, dan 3 atau A, B dan C. Mudah kan? Tak perlu beli mesin air mahal-mahal, tukar penapis air, nak selenggara lagi.
Gunakan saja biodisc!
Berapa harga ? Cuma RM 1900.

Ada juga dijual lampu suluh  LED. Boleh digunakan untuk rawatan. Suluh / pancarkan sahaja pada bahagian yang hendak di rawat. Mudah kan?

Saya sesekali tak mempercayai perkara ini dengan mudah.

Sekeping kaca bulat, ade lubang-lubang sikit boleh segarkan air jadi air bertenaga. Hukum apa yang dipakai.

Quesnet sscam, penipu, tipu. Realiti.

Teori tipu.

Teori yang kononnya digunakan untuk mencipta biodisc itu tidak boleh dibuktikan. Jadi bagaimana produk yang dibuat berdasarkan teori tipu boleh dijual dengan harga RM 1900? Barangkali kaca biasa digunakan, kos pembuatan seunit mungkin kurang RM10, boleh jual harga RM 1900?

Dibuat daripada gabungan 13 mineral? Siapa yang mengesahkan perkara tu? Atau sekadar tulisan atas kertas sahaja?

Teringat ada keluar di RTM berkenaan biodisc ni. Katanya daun yang direndam dengan air biodisc akan kelihatan segar selepas itu. Tapi tak pulak dibandingkan dengan air mineral ke, water filter ke.
Ikut logik akal, memanglah daun akan segar bila direndam dalam air. Sebab air dah menyerap dalam daun. Kalau biar kat luar, layu, kering. Pakai air mineral pun boleh. Tak payah nak beli biodisc mengarut mahal macam tu.


Kenapa sibuk sangat komen pasal Qnet?
"Kenapa bersusah payah nak sibuk hal questnet? Tak suka duduk diam la. Why bother? Mind your own business."

Mungkin ada yang berpendapat begitu.

Tapi saya tak mahu rakyat Malaysia terus diperbodohkan sebegini. Dah berapa ramai rakyat Malaysia yang ditipu dengan MLm dan skim piramid?

Berdosa kita sebagai umat Islam, kalau dah tahu benda tu tak baik, tapi kita biarkan saudara kita masuk dan terperangkap.

Tak peduli kalau agent qnet nak caci maki hamun, janji tanggungjawab sudah saya jalankan dengan mengingatkan kepada yang lain. Tak sanggup rasa nanti dipersoalkan Allah, kita ada asas ilmu, ada kesedaran, tapi tak sampaikan pada orang lain.


* tambahan: (15/05/2012)
Melihat kepada statistik blog, masih ada lagi yang lihat artikel ini. Mungkin agen questnet, mungkin bukan. Apa pun perkara ini masih lagi berleluasa.

Harapnya tidak ramai yang terpedaya dan terikut.
Isu dari sudut syariah masih lagi tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.
Tak kiralah syarikat ada bangunan bertingkat-tingkat ke, taja F1 ke, buat universiti ke, taja anak yatim ke, selagi ianya bermasalah dari sudut syariah, selagi itu ia menjadi beban.
Halal atau haram ni bukan bergantung pada besar atau kecil syarikat, kaya atau tidak.

Ada komen kurang cerdik dalam ruangan komen di bawah. Silalah baca dan nilai tahap inteleknya.

14 ulasan:

ROJAK berkata...

qnet semestinya scam termasuk juga pihak tertentu yang hendak menjayakan MLM.

Nur Fauzi berkata...

dari sisi undang-undang Malaysia, mereka sah bergerak...negaraku........

APAN berkata...

aku sokong tindakan ko ni bro...elok la didedahkan je sebelum ramai yg terkena...

Nur Fauzi berkata...

Apa nak buat..blog / web yang promosi benda macam ni lagi banyak dari yang membantah.

Kita ni cuba salur maklumat mana yang boleh.
Kalau bab sains ni, eden tak pandai pusing nak bagi fakta.
Cuma boleh jelaskan dari segi patuh syariah tu sikit.

APAN berkata...

bukan pe ma...mungkin dorang x pandai nak sampaikan...mcm aku, anti ngan mende gini satu hal tapi bila nak story kat orang lain aku xtau nak bitau camne....malas nak wat research satu hal...haha

msredcheesecake berkata...

Tak pernah dgr tk pernah tahu... Msred selalu rasional tak mudah percaya...

Nur Fauzi berkata...

harapnye dengan penjelasan ringkas ni orang lain yang buat carian kat internet pasal qnet ni dapat la maklumat sedikit sebanyak.

spamda berkata...

salam smua... ape2 yg kita buat kna lah teliti dulu... jgn dengan untung banyak trus nk join...nanti baru nyesal tak sudah... ok beringat2lah selalu...

Jom biz Perfume terbaru..
keuntungan 100%
Berminat bleh klik kat link ni...
http://teachersperfume.blogspot.com/

bukan mlm yee....

Tanpa Nama berkata...

ini lah komen orang yang tidak mempunyai ilmu..adakah anda betul2 mengetahui..banyak tul perkara yang tidak betul..

memang nyata kamu adalah seorang yang malas berusaha dan mengajak orang lain menjadi seperti kamu..

disebabkan oleh kebangangan kamu mungkin akan menutup periuk nasi orang lain..tidak berdosa kah begitu?

Nur Fauzi berkata...

Tanpa nama: memang tak ada nama? atau takut nak letak nama sendiri.

Jadi kalau anda betul sila jawab soalan saya dari sudut syariah.
JAKIM ada keluarkan garis panduan MLM syariah. Anda sudah baca? sila baca. Jangan jadi malas.
(Jika anda adalah seorang Muslim)

Ya, saya mengajak orang lain menjadi seperti saya, supaya meneliti perniagaan dan berfikir dari segi halal dan kepatuhan syariah. Sebab mencari rezeki yang halal itu penting. Saya mengajak pembaca Muslim menjauhi perniagaan seperti ini yang banyak mengandungi perkara yang gharar serta syubhah.

Saya mengajak orang lain menjadi seperti saya supaya memikirkan dan meneliti dahulu sebelum menyertai dan melakukan perniagaan.
Pernah buat penilaian projek? Anggaran untung rugi yang realistik? Jangan jadi malas, pergi membaca.

Anda bebas membaca dan mengkritik, tapi dalam lunas bahasa yang baik.

Jangan jadi BANGANG dengan mengatakan orang lain bangang, tanpa tahu saya mengkritik dari segi apa.

Kalau boleh, jelaskan bagaimana qnet mematuhi garis panduan MLM Syariah JAKIM. Setakat hari ini, banyak perkara yang tidak dipatuhi oleh Qnet, jadi tak layak mendapat status MLM Syariah.

So, if you want to argue, start with explanation how qnet commit with Syariah guidelines released by JAKIM. Fokus with syariah aspect.

Tanpa Nama berkata...

mcm ni lah.. Klau nk fk psl product qnet ni.. Mmg cm tk logic.. Tp cuba fk product2 yg lain yg di jual beribu2 ringgit dan org2 kita snggup berhutang berpuluh ribu ringgit dgn bank utk jual product tu.. Cth bioaura.. Ape kejadahnya.. Betul ke air yg di tapis bioaura tu blh jd air perawat??? Hukum ape plak yg dia pakai.. Pelik jgk kan nape korg mempersoalkan biodisc tp bkn bioaura?? So jgn ckp psl hkum sja.. Berhutang tu pun tk baik untuk islam..

Nur Fauzi berkata...

lagi sorang.
takde nama? atau takut letak nama?


please find and search about hai o article in my blog.
i never claim teh filter have so many miracles or benefit.

and you can find i really slam hai o for the 20k loan issue.

so before leaving any comments, please do your research. and also please read more.

feel free, read also my argument about MLM in syariah issues.

Jangan bercakap pasal hukum?
ANda boleh berbuat demikian jika anda bukan orang Islam. Selagi beragama Islam, kita tertakluk pada hukum Islam yang telah disyariatkan.

Tanpa Nama berkata...

saya ni lagi sorang tanpa nama,

saya ingin bertanya lebih lanjut apa beza bisnes traditional dan bisnes moden?

pendapat saya, MLM xsemestinya salah disisi shariah, cuma bagaimana dilaksanakn, dipraktikkn, itu yang perlu diteliti,
menipu utk dapatkan downline - salah
buka peluang utk downline berniaga - betul
menjual produk kepada pelanggan - betul

saya suka ambil contoh perniagaan topup,
kita register orang A jadi penjual topup, kita dapat komisen,
kita jual produk/topup, pun kita dapat komisen,
orang A tu daftarkan orang B (dia jadi penjual topup gak, pun kita dapat komisen
orang B jual produk/topup, kita dapat komisen.
kenapa bagi saya itu boleh?
tu adalah persetujuan antara kita dengan kampeni~
kita perkenalkan kampeni pada orang lain, kita dapat komisen~
dan kita bantu orang A untuk lead orang B camne nak jual and handle bisnes topup dengan betul, kita dapat komisen~

perniagaan sekarang dah global, boleh dikatakan subjektif, tepuk dada, tanya selera,
yang memberi rezki itu Allah swt, sama2 berdoa moga dijauhkan dari mende2 yang haram~

-tidak menyokong mana2 pihak-

Nur Fauzi berkata...

cuba baca dan dapatkan penjelasan tentang garis panduan MLM Syariah Jakim. Boleh download percuma di internet.

Ada banyak isu yang seperti tidak diendahkan oleh banyak sayrikat MLM di Malaysia.

Kalau ahli salah buat marketing dan jatuh hukum haram, hingga merugikan puluhan, ratusan, atau ribuan downline, jadi apa tindakan syarikat pada mereka yang manipulasi ini? hal ini yang tidak ada sebarang tindakan diambil.

Kalau tanya selera, yang banyak tu yang kita nak. Kena tanya ilmu, tanya iman. Perniagaan dari dulu lagi dah global. Pedagang meranttau benua ke benua nak berniaga.

Persetujuan dengan company tak semestinya bermaksud perkara itu patuh syariah. Sebab itu kalau nak MLM patuh syariah, mesti lantik panel yang menilai pelan itu. Kalau tidak hukumnya tidak jelas dan masih ada perkara syubhah (bukan terus haram)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...