Isnin, 7 November 2011

Bob Lokman dikehendaki


Rasanya isu tentang hal ini boleh diselesaikan dengan baik. Cuma perlu kerjasama dari kedua belah pihak.

Pelaksanaan pemberian tauliah untuk membendung ajaran yang salah memang satu langkah yang perlu. Namun rasanya jangan terlalu disempitkan hingga jadi hal begini.

Bob Lokman juga mungkin rasa panas hati. Yalah, nak berubah dan dakwah kepada orang ramai tentang kebaikan, tapi didakwa pula oleh JAIS.

Cuma harap Bob Lokman dapat bersabar dan berikan kerjasama. Kalau api lawan api, jadi marak. JAIS juga jangan terus mengambil langkah drastik dan terlalu keras terhadap Bob Lokman.

Takut nanti usaha dakwah dipandang sempit hingga membataskan pergerakan mereka yang mahu berusaha berdakwah ke arah kebaikan kepada orang ramai.

p/s: eden sendiri takdo tauliah lagi haaa dari Jabatan Agama Islam Johor. Tapi tak risau sangat sebab selalu ceramah dalam sekolah je.

5 ulasan:

msredcheesecake berkata...

ada unsur politik kah?

Nur Fauzi berkata...

Mungkin ye. mungkin tidak.
cuma isu ini tak sepatutnya diperbesarkan sampai masuk paper macam ni.
sebab nanti orang persoalkan pulak tindakan JAIS, nampak bias pada penceramah yang cenderung kepada pembangkang.
Kalau ikut peraturan dan prosedur, JAIS memang aa kuasa. cuma dalam hal macam ni, harap boleh bincang dan tolak ansur.

ROJAK berkata...

msredcheesecake, walaupun ada unsur politik kita wajib menyokong orang yang ingin melaksanakan islam sepenuhnya tidak kira dari segi undang2, ekonomi, pergaulan etc. bob lokman takkan dibiarkan berceramah kalau tak "dibasuh" terlebih dulu oleh ustaz-ustaz yang alim cuma sudah tentu bukan ustaz dari pihak kerajaan. JAIS cuma jalankan tugas yang diarahkan oleh pihak kerajaan jadi JAIS pun tak boleh disalahkan sepenuhnya. hakim, polis, tentera habis semua berpihak pada kerajaan sekarang ni..rakyat cuma mampu menurut je..

Unknown berkata...

Isu murtad tu x sibuk2 plak kan?klau nk menyeru kearah kebaikan dan kembali kejln Allah..ada je yg sesatnya..saya byk jgk tgok video ceramah bob lokman..xde lg ucapan dia yg menyeru supaya melakukan kerosakan,dedah aurat n sebgainya..entahla....jais pun manusia jgak yg handle..

lyn berkata...

Nak jadi baik ramai sekali yg nyibuk. Org jahat yg terang2 hina agama, tunggang agama semua mu wak senyap jah. Isu2 besar lain banyak lagi

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...