Khamis, 10 November 2011

Isu hukum ASB haram.


Minggu ini sengaja buat carian di google tentang hukum ASB.

Banyak blog yang dijumpai memaparkan fatwa mufti Selangor yang memutuskan saham ASB tidak halal.

Saya ada sedikit mengulas tentang ASB : hukum pelaburan asb

Jadi ada juga yang bertanya lagi kepada saya "ASB ni haram ke ustaz?"

Kalau ikutkan saya, saya lebih bersetuju dengan Fatwa negeri Selangor dan keputusan Suruhanjaya Sekuriti.

Bukan sewenang-wenangnya Fatwa Selangor mengatakan ASB haram. Kajian dan penyelidikan yang dibuat mencatatkan ASB sebagai saham tidak patuh syariah.

Saya tidak pasti agihan pelaburan ASB yang terkini. Namun setakat bacaan di web UZAR satu ketika dahulu, lebih 30% dana ASB dilaburkan dalam sektor perbankan konvensional yang mengamalkan riba. 30% satu jumlah yang besar. Bukan sedikit.

Selain itu, jika diteliti mengikut akad yang digunakan antara pelabur dan pihak PNB, tidak jelas akad yang digunakan. Syarikah? Mudharabah? Wakalah? Wadiah?

Jika dilihat dari segi autoriti, keputusan Suruhanjaya Sekuriti adalah lebih kuat kerana mereka memang ahli/pakar dalam hal pelaburan dan kewangan. Mereka yang menjadi ahli majlis penasihat syariah sc adalah orang yang berpengalaman dan mahir dalm bidang muamalat Islam. Lihat sini.

"habis tu semua haram! mane nak simpan duit.?"

ASB atau PNB bukan satu-satunya cara nak melabur. Ada banyak lagi cara dan tempat nak laburkan duit tu. Kalau dah tak tahu sangat, simpan di tabung haji. Boleh daftar pergi haji sekali.

Banyak saham amanah yang patuh syariah ada di pasaran sekarang ni. Tinggal nak cari atau tidak saja. Public Mutual, CIMB Wealth Advisor, BIMB, KFH Ijarah House, macam-acam lagi.

Dividen yang dicatakan oleh ASB tidaklah tinggi sangat. Sekitar 7-8 peratus. Lebih kurang juga dengan saham amanah lain. Malah banyak juga saham amanah lain yang mencatat keuntungan sekitar 10% setahun.

Tapi kalau mahu terus berpegang dengan fatwa harus, silakan. Saya sudah menyampaikan apa yang saya tahu. Tanggungjawab memilih terletak di tangan masing-masing.

Memang dalam hal melibatkan duit sukar untuk kita melepaskannya.....

p/s: Sanggup tak tamatkan polisi insurans yang dah bertahun kita bayar? Insurans konvensional haram mengikut fatwa.

8 ulasan:

Matahu berkata...

Salam, ustaz.

Saya sebenarnya setuju tentang hukum asb yang usraz bgtau, tapi rasanya dah ada update daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

yang lama pada tahun 2000.
Hukum ASB Haram

ni yang agak terbaru iaitu pada tahun 2008.
Hukum ASB Harus

Ustaz Dr. Zaharuddin juga telah komen tentang fatwa ini. Ulasan uzar

semoga kita sama2 mendapat rahmat atas ilmu yang di kongsi

APAN berkata...

tu la pasal...pernah gak baca pasal fatwa yg mengatakan ASB ni haram tp aku tengok ramai je yg join.aku penah tanya membe office pasal ni.tah ada ke tak la yg halal...yg mentioned dlm entri ni pun aku belom penah dengar lagi...hajat nak join gak awal tahun depan.tengok dulu lah yang mana ok...

Nur Fauzi berkata...

pelaburan patuh syariah ni banyak je sekarang. cuma kena rajin cari / tanya. ade jugak yg untung banyak

eloknya kalau ade duit lebih, ambik takaful untuk diri sendiri dulu.

Unknown berkata...

Aku pun dh keluorkan abis ASB nih...masuk tbg aji je sumer2 tu...senang sikit...

Nur Fauzi berkata...

bagus la gitu.
tapi kalau nak simpan buat pelaburan unit amanah kat tempat lain pun ade.
Ade banyak dana patuh syariah kita boleh ambik.

APAN berkata...

bro...aku baca balik entri ni...
nak tanya sikit...pe pandapat pasal public mutual?ko rasa ok x?

Nur Fauzi berkata...

public mutual takde masalah. tapi kena astikan dana yang kita nak ambik tu patuh syariah. ade banyak dala public mutual tu yang kita boleh pilih. ambik yang halal. biasa agen mesti tau punya.

tapi yang halal ni, biasanya untungnye tak la tinggi macam yang haram tu....akalau agen tu nak jugak bagi yang bukan patuh syariah, bagi penampor je huhu

Faizah Roslan berkata...

Simpan duit2 anda di Dana CIMB Islamic DALI Equity Growth. Dana ini tlh disahkan oleh Suruhanjaya Securiti sbg Dana Patuh Syariah. Tlh dilancarkan sejak 1998. Keuntungan sejak thn 1998 hingga May 2012 adalah sebanyak 354.98%. Dana ini tpaksa menambah unit berbilion2 lagi kerana tlh mendapat sambutan yg sangat tinggi dikalangan pelabur. Anda boleh menyimpan di dana ini menggunakan wang TUNAI @ guna SEBAHAGIAN WANG ANDA DI AKAUN 1 KWSP. Details, hubungi saya d 0193228121 (Faizah)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...