Jumaat, 16 September 2011

Hukum pelaburan ASB


Ramai yang masih keliru dengan status saham ASB. Adakah haram atau halal?

Hukum pelaburan ASBSetakat ini fatwa telah dikeluarkan bahawa melabur dalam ASB adalah harus. Jadi orang awam di Malaysia boleh berpegang dengan pandangan itu.

Namun bagi mereka yang belajar tentang kewangan Islam mungkin pendapatnya berlainan. Saya beri contoh pendapat Ustaz Zaharuddin Abul Rahman. Ustaz Zaharuddin merupakan antara individu yang terkenal dalam hal perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.

Ada bebeapa perkara yang perlu diperhatikan dalam isu ASB. Dalam artikel UZAR, beliau tidak bersetuju dengan alasan Maslahah yang dibawakan oleh Prof Dato Mahmood Zuhdi. Boleh rujk artikel itu untuk lebih faham.

Kedua, badan yang berautoriti dalam mengesahkan status pelaburan patuh syariah di Malaysia, tidak mengiktiraf PNB yang mengeluarkan saham ASB sebagai pelaburan yang patuh syariah. Badan tersebut adalah Suruhanjaya Sekuriti. Bagi mengesahkan pelaburan patuh syariah, pelaburan itu akan diteliti terlebih dahulu oleh panel syariah di SC. Amat malang hingga hari ini, status tersebut masih gagal diperolehi.

Fatwa yang dikeluarkan di Malaysia berkenaan ASB tersebut tidak menjemput dan mengambil kira pendapat ahli muamalat Islam. Adalah lebih baik, jika hal berkaitan dengan kewangan, mereka yang pakar dan ahli dalam hal kewangan Islam dipanggil bersama dan pandangan mereka diambil kira untuk membuat sesuatu keputusan.

Fatwa harus pelaburan ASB itu juga mensyaratkan agar PNB berusaha untuk membaik pulih status pelaburannya kepada pelaburan patuh Syariah. Setakat ini, saham ASB masih lagi tidak tersenarai.

Kesimpulannya.

Bagi orang awam, harus hukumnya untuk melabur dalam ASB. Harus juga bagi mereka yang menerima pakai alasan Maslahah dalam kes ASB ini. Namun bagi saya, saya lebih kepada berkata tidak kepada ASB. Jika kamu mahu beli, silakan, fatwa mengatakan harus.

Lain orang, lain pendapat.

Apa pun, jangan kita bertelingkah kerana hal ini kerana masing-masing ada pendapat sendiri. Malah hujjah yang digunakan juga benar. Hujjah maslahah ada juga benarnya dengan situasi ekoni serta kewangan yang dikuasai oleh bukan Islam..

p/s: ada sahabat yang bertugas di bank memberi tahu, kebanyakan perbankan Islam tidak menawarkan pembiayaan kepada pelanggan yang mahu membeli saham ASB. Mereka lebih berpegang kepada kenyataan Suruhanjaya Sekuriti. Hanya Maybank Islamic sahaja yang membenarkan pembiayaan untuk saham ASB. Mungkin kerana penasihat syariah Maybank Islamic adalah Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria yang merupakan mufti Perak. Beliau berpendapat bahawa ASB adalah harus.


2 ulasan:

msredcheesecake berkata...

msred takde asb .... susah jugakan nak pastikan pelaburan dia patuh syariah ke tak..

Nur Fauzi berkata...

Senang je nak pastikan saham amanah yang kita nak beli ni patuh syariah atau tak. boleh cek kat web suruhanjaya sekuriti.

http://www.sc.com.my/paper.asp?pageid=877&year=2011

boleh tengok kat link ni.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...