Isnin, 19 September 2011

Jangan membelakangi suami!

Wah, ayat artikel macam kontroversi.

Sebenarnya, terjumpa artikel ini di internet. artikel pasal motivasi buat MLM. Saye tidaklah bermusuhan dengan mereka yang menyertai MLM, walaupun saya tidak setuju dengan MLM. Cuma ada satu ayat dalam artikel kempennya yang tersasar jauh, cuma ramai yang tak sedar. Sekali baca, memang seperti ayat motivasi. Namun terkandung di situ ajakan supaya melanggar Syariat (bagi isteri). Nampak remeh, tapi impaknya besar dalam kehidupan, boleh menjurus ke neraka.

Insan yang menulis artikel ini, boleh dikatakan berjaya dengan MLMnya buat masa ini. Saya ada meninggalkan komen, namun tidak dipaparkan.

Ini antara ayat yang saya ambil:

Untuk si suami ni kalau nak kasi dia paham senang je... buat duit besar dan bawak suami gi melancong! Confirm paham!
Komen: mungkin ya bagi suami yang mata duitan. Tapi bagi suami yang berpegang dengan agama, duit bukan segalanya. Hidup berkiblatkan duit, tunggu satu hari nanti keluarga hancur pecah belah. Ya, peringkat awal boleh rasa senang, akhirat nanti? Lagi satu, ayat ini sangat kurang ajar, dan memandang rendah pada kepada suami.

Kita kena fikir tentang diri kita dulu, anak2 dan last baru suami. Incase anything happen to your spouse macam mana kan?
komen: Last baru suami? Your head brain lah...Dalam syariat, insan paling utama bagi isteri adalah suami. Sebelum berkahwin, wanita wajib taat pada ibu bapa. Tetapi selepas berkahwin, suami no 1! Suami lebih utama daripada ibu dan bapa. Kalau akhir sekali fikirkan suami, ape cerita. Nak buat apa-apa, kena ada keizinan suami dahulu. Macam mana nak dapat redha suami kalau kerja tak dapat izin suami? Kau jawab sendiri depan Allah nanti!

Saya cukup-cukup berang dan tak bersetuju kerana, penulis artikel seolah-olah mengajak para wanita menyertai MLM, dengan cara masuk dulu, kemudian baru tanya suami (sebab dia kata suami last sekali). Bukan berang sebab saya ni seorang lelaki/suami, berang sebab dia ajak orang buat mungkar!

Ini bukan hal main-main. Ramai orang pandang remeh perkara ini. Arahan dan nasihat suami, selagi tidak bertentangan dengan syariat, wajib isteri ikut. Apa lagi hal keizinan. Isteri yang mahu bekerja, perlukan keizinan suaminya. Tak boleh isteri keluar bekerja, selagi suami tak izinkan. Isteri mahu keluar ke mana-mana, perlu izin suami. Ramai yang pandang remeh hal seperti ini. Hatta, mahu keluar belajar sambung master,atau phd sekalipun, perlu ada keizinan suami.

Sebagai seorang suami, saya akan cukup kecewa jika isteri saya membuat keputusan tanpa memberitahu saya terlebih dahulu.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah terlalu "selesa" begitu lah jadinya... merasakan segalanya kejayaan atas usaha nya sendiri... redha suami tu tak masuk dalam kamus hidup... jgn sampai Allah rentap segala kurniaan yg Dia beri pada kita hanya sikap bongkak yg tak bertempat... dalam agama segalanya telah di susun, menentang hukum tunggu jer akibatnya...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...