Selasa, 20 September 2011

Duit Nuffnang


Di sini bukanlah mahu saya ceritakan tips memperolehi duit daripada nuffnang. Saya bukanlah pakar nuffnang, mahupun iklan dari syarikat lain. Blog ini pun tidaklah popular seperti kebanyakan blog lain yang mempunyai ribuan pembaca sehari. Blog ini, sehari boleh kira dengan jari pelawatnya. Silap-silap takde orang lawat pun.

Entri atau artikel di blog ini pun, tidaklah menarik seperti ribuan blog lain yang memaparkan cerita-cerita sensasi dan juga menarik. Entri di blog ini lebih bersifat peribadi atau "ikut suka aku nak cerita apa pun". Tidaklah berkisar pada topik tertentu.

Saya meletakkan iklan nuffnang ini pun selepas membaca blog fikri kacak. Hanya sekadar letak suka-suka. Semasa mula letak iklan pun, terkial-kial dek kerana "mahirnya" diri ini menggunakan komputer.

Tapi setelah dua minggu meletakkan iklan, tak sangka pula boleh dapat hasil daripada iklan nuffnang di blog. Berapa dapat? RM 0.70 je hahahaha.
(orang lain boleh dapat beratus, beribu RM)

p/s: Saya mendapat kerja di IISKD dahulu dengan cara blogwalking ke blog seorang wanita yang tidak pernah dikenali ketika itu. Alhamdulillah ada rezeki di situ.

2 ulasan:

msredcheesecake berkata...

Ada kebaikan berblog ni kalau digunakan dengan betul...

Nur Fauzi berkata...

Blog ini hanya suka-suka menulis memberi pendapat, moga dapat beri manfaat kepada mereka yang membaca..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...