Jumaat, 11 November 2011

Pinjaman rumah dan kereta haram?

Lanjutan daripada soalan tentang isu hukum ASB, ada juga yang bertanya tentang pinjaman rumah dan kereta yang dibuat.


" Kalau ASB haram, macam mana pulak dengan loan kereta, loan rumah yang orang buat semua tu. Takkan haram jugak?" komen orang itu.

Saya cuba jelaskan sedikit.

Sekarang ini ada dua jenis perbankan di Malaysia. Perbankan konvensional dan juga perbankan Islam.

Perbankan Islam wujud di Malaysia pada thaun 1983, melalui akta bank Islam. Ada akta sendiri, bukan benda main-main ye. Setahun selepas itu, wujud pula akta Takaful (berbeza dengan akta insurans).

Jadi perbankan Islam di Malaysia masih lagi muda, kalau nak bandingkan dengan perbankan konvensional.

Tahun 1984, hanya satu bank sahaja yang mengamalkan perbankan Islam. Tak lain tak bukan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Kenapa wujud perbankan Islam? Fatwa di Malaysia mengatakan bahawa interest atau bunga di bank adalah haram. Diulangi, hukumnya HARAM. Kenapa? Sebab interest itu adalah RIBA. Riba adalah salah satu dosa besar. Mengamalkan riba boleh diistilah seperti mengangkat senjata berperang dengan Allah. Na'uzubillah.

Jadi sebab itu diusahakan juga untuk diadakan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Begitu juga dengan  takaful. Fatwa juga mengatakan bahawa insurans konvensional adalah haram.

Kebanyakan transaksi di bank akan menghasilkan duit riba, termasuklah jika kita buat pinjaman membeli rumah atau kenderaan. Ada wujud interest. Maksudnya ada riba. Jadi hukumnya haram. Harap jelas semuanya.

" bank Islam pun bagi pinjaman jugak. Jadi haram la jugak" kata orang yang lain.

Bank Islam menawarkan pembiayaan, bukan pinjaman. Mereka gunakan konsep murabahah (jual dengan tambahan harga untuk dapat untung) ataupun bai' bi thaman ajil (jual dengan harga tangguh - maksudnya jual dengan ansuran).

Perbahasannya panjang lebar. Tapi konsep mudahnya, bank berntindak sebagai orang tengah, beli barang itu dari pengeluar dan kemudian jual semula pada kita dengan harga yang lebih (sebab kita beli dengan ansuran, dibenarkan bank ambil untung). Jadi bank untung dengan cara buat jual beli.

Nampak sama, macam bank konvensional, tapi berbeza.

Bank konvensional, mereka bagi kita pinjam duit. Mereka dapat untung hasil pinjaman yang kita buat. Pinjam 30000, bayar semula 40000. Lebih 10000 itu adalah duit riba yang haram.

Tak kisah la kita beli kereta apa pun. Proton Exora ke, Volkswagen ke, atau kereta kuda sekalipun hehe.

Boleh faham setakat ini? Boleh tanya lagi kalau tak faham...


14 ulasan:

APAN berkata...

bab ni aku agak paham gak...sebab penah dengar dalam ceramah ustaz azhar..ramai gak yg tanya dia soalan bab2 riba ni rasanya...

Nur Fauzi berkata...

asasnye lebih kurang macam tu la.
panjang lagi benarnya kalau nak hurai satu-satu produk perbankan Islam.

kblog berkata...

terima kasih atas penjelasan :) sangat berguna

earnic berkata...

skrg i faham..tq

Nur Fauzi berkata...

Kalau dapat faham, Alhamdulillah. Boleh tolong jelaskan pada kawan2 lain

𝑲𝒉𝒂𝒊𝒓𝒖𝒍 𝑩𝒂𝒌𝒉𝒕𝒊𝒂𝒓 berkata...

Sekadar bertanya. Pinjam 30000 bayar balik 40000 katakan 15 tahun kemudian. Bagaimana dengan konsep time value of money? Sekarang boleh pinjam 30000 beli kereta. 15 tahun lagi, difaktorkan inflasi dan kos pembinaan, harga untuk kereta lebih kurang sama spec, sudah mencecah 40000. Bank bagi pinjam 30000 untuk kereta. Kalau bayar penuh 30000 dan bukan 40000, macammana bank nak tolong anak-anak kita finance pembelian 40000 tu 15 tahun kemudian?

Saja bertanya.
http://www.bisnesrumah.com/

Nur Fauzi berkata...

Terima kasih singgah.

Konsep time value of money dibenarkan dalam Islam. ini kerana nilai wang pada hari ini tidak sama dengan nilai pada masa akan datang.

Oleh itu, dalam menilai keuntungan yang diambiloleh bank Islam, bank Islam turut mengambil kira faktor time value of money. Sebab itu bank menjual kembali kepada kita dengan harga yang lebih tinggi. Tambahan pula kita membayar secara ansuran.

Tapi, perbankan Islam mendapat pulangan lebih berdasarkan time value of dengan melakukan akad jual beli. Bukannya akad pinjaman seperti dalam perbankan konvensional.

Dari segi harga pembiayaan perbankan Islam dengan pinjaman konvensional, tak jauh beza. Isunya di sini ialah isu halal dan haram.
Sebab itu, jika kita mahu membeli rumah atau kereta, disarankan guna produk pembiayaan perbankan Islam. Perbankan Islam semakin banyak di Malaysia.

Bagi pembiayaan peribadi, konsep yang digunakan berlainan dengan pembiayaan rumah dan kereta. (insyaAllah diterangkan lain hari)

Terima kasih.

..Myrasyazmira.. berkata...

Salam Admin, boleh bagi link sambungan untuk enty ni yang berkaitan dengan pembiayaan peribadi :) terima kasih..

Nur Fauzi berkata...

Myra:
Terima kasih datang baca.
Minta maaf banyak-banyak sebab saya belum sempat tulis berkenaan pembiayaan peribadi. Idea dah ada, cuma penjelasannya agak pening sikit

Kalau ada sebarang persoalan boleh cuba utarakan di sini.

..Myrasyazmira.. berkata...

owh.. xpe.. :) nnt klau da jelas, minta share bersama ye. terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

Kalau pinjaman rumah atau kereta secara islam ni secara practical ke atau on paper je?maksud saya kalau secara praktikal bank beli dulu dengan tuan rumah then selepas rumah tu tukar nama pada bank then barulah boleh jual dekat kita.kalau setakat on paper je sama je sebab allah tahu niat yg berurusan tu.

Nur Fauzi berkata...

thank you for reading.

what is the best solutions we have so far to avoid riba?
About the details of the transaction, we have to refer to the bank.
What can we do now as consumer is change and use Islamic banking as it have been certified halal by their own syariah consultant.

Nur Deena Syaheeda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Kalau kita loan cara Islamic utk beli kereta dgn bank islam.. Kita trlewat bayar Adakah akan dikira kelewatan itu akan di cas? Kalau di cas sekian2 peratus sbb lewat dri tarikh kita bayar.. Ini termasuk riiba juga..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...