** (penjelasan ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar jurusan syariah, syariah ekonomi atau muamalat Islam kerana ia adalah benda asas yang wajib mereka tahu)
Ini lanjutan dari artikel Pinjaman rumah dan kereta haram?
Sedikit penjelasan kenapa interest di bank ni dikira sebagai haram.
Okeh. Dalam ekonomi Islam, wang tidak boleh menerbitkan wang. Maksudnya menggunakan duit semata-mata untuk menghasilkan duit adalah salah. Bagi orang pinjam duit, kemudian bayar semula lebih. Itu tak boleh. Sebab menggunakan duit semata-mata untuk dapatkan duit. Pinjaman beza dengan pelaburan.
Kalau pelaburan, kita menyumbangkan modal pada orang untuk berniaga. Kemudian kita kongsi untung / rugi (rugi pun tanggung same-same ye) hasil perniagaan tu. (konsep asas mudharabah dan syirkah/syarikat).
Ada banyak dilil yang mengharamkan riba. Antaranya ialah:
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)
Masalah jadi riba di bank konvensional kerana ketiadaan akad untuk memperincikan lagi urusniaga kita.
Kalau ikut gambar di atas, riba di bank termasuk dalam kategori riba ad-duyun (hutang).
Bagaimana jadi riba di akaun simpanan?
Akaun simpanan biasanya kita panggil fixed deposit. Apa maksudnya? Bagi akaun ini, sudah ditetapkan berapa kadar interest/bunga yang penyimpan akan peroleh daripada simpanan yang dibuat dalam bank.
Mana-mana bank akan menggunakan duit yang disimpan oleh pelanggan untuk buat pelaburan. (nama pun bank perdagangan). Jadi sebagai balasan, penyimpan diberi interest tetap oleh bank. Apa yang terjadi disini, bank meminjam duit daripada penyimpan dan membuat pelaburan.
Jadi, kadar interest yang ditetapkan itu adalah haram. Kenapa? Sebab kadar itu sudah ditetapkan. Sedangkan dalam hal pelaburan, keuntungan tidak boleh dijamin, walaupun sedikit.
Walaupun kadar interest yang diberikan rendah (sekitar 2%), perkara itu tetap haram. Dalam hal ini, bank yang beri riba pada kita.
Riba dalam pinjaman perumahan / kereta.
Konsepnya sama dengan akaun simpanan. Cuma kali ini kita sebagai pembayar pula yang bagi duit riba pada bank.
Contoh:
Kita beli kereta Proton Exora harga 70 ribu. Kita pinjam RM70 ribu dengan bank. Kemudian kita dikenakan interest 4% atas pinjaman kita. Jumlah pembayaran keseluruhan mesti lebih 70 ribu. Duit yang lebih itu riba.
Bank ambil keuntungan atas pinjaman. Bukan atas kontrak jual beli. Bank tak tanggung sebarang risiko pun. Duduk goyang kaki, dapat la duit.
Kalau kita tak dapat bayar hutang, kereta Proton Exora yang kita beli tadi boleh ditarik oleh pihak bank.
Kedua-dua contoh di atas tu menunjukkan bagaimana konsep "duit menghasilkan duit" yang dilarang dalam muamalat Islam.
Setuju?
Sebarang kemusykilan boleh diajukan.
2 ulasan:
tmbh sikit, sila betulkan jika salah ya..
interest dari saving juga jd haram sbb ia hasil pelaburan/urusniaga yg tak sah disisi islam. cth: hasil urusniaga bank bagi loan pd org ramai. loan tu pulak ada riba.
Ya betul. tepat sekali.
Perkara itu juga menjadi sebab mempengaruhi keuntungan dana itu halal/tidak. Macam saham ASB ada masalah dari sudut ini.
Terima kasih tambah perisa.
Catat Ulasan