Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi bertandang, menjenguk dan menjadi pembaca blog ini, walaupun blog ini cuma biasa-biasa.
Blog ini hanya mendapat purata 50 unique visitor sehari. Jauh lebih kecil berbanding dengan blogger lain. Pengikut blog juga sedikit, tak sampai 20 pun setakat ini.
Pendapatan nuffnang...aduhai. Blogger lain ramai yang lagi hebat.
Kepada yang follow/mengikuti blog ini, terima kasih. Minta maaf jika saya tak mengikuti blog anda kembali.
Bukan Ustaz...
Walaupun berkelulusan Pengajian Islam, rasa berat juga bila ada rakan blogger yang panggil 'ustaz'. Bagi saya, mempunyai kelulusan dari Akademi Pengajian Islam UM tidak melayakkan diri ini mendapat title ustaz secara automatik. Berat tanggungjawabnya..
Namun jika ada persoalan, saya cuba sedaya upaya menjawabnya dan rujuk pada sahabat lain yang jauh lebih hebat dan handal berbanding blogger cabuk ini.
Kurang mengikuti blog
Saya kurang menjadi 'follower' blog lain. Cuma, blog yang saya rasakan menarik dan suka, akan saya baca setiap hari walaupun tak menjadi pengikut blog itu.
Kandungan blog
Biasanya kandungan blog yang saya lawati, saya akan perhatikan 3 perkara utama. Isi blog blog, bahasa yang digunakan dan juga paparan blog.
Biasanya saya lebih lihat kepada isi dan bahasa. Kalau bahasanya terlalu 'budak-budak' contoh: aku jadi aq, korang jadi korunk, dia jadi dye, minta maaf banyak-banyak. Saya tak akan datang lagi ke blog itu.
Bukan berlagak, sombong, cuma tak kena dengan selera. Saya tak suka, saya pergi.
Kalau isi blog terlalu banyak bersifat peribadi, sampai cerita bergewe panjang lebar, letak gambar awek/pakwe (bagi yang belum kawin), minta maaf banyak-banyak. Itu kali terakhir saya jenguk blog itu, walaupun tercatat dia mengikuti blog saya.
Kepada :
Apan
Arelan
Puan kek keju merah
Roha
Abunyer
Rojak
Cek Chun
Fikri kacak
Oligo
Dan lain-lain blogger (tak dapat sebut semua) yang jenguk blog ini, terima kasih kerana membaca blog saya.
Mana yang elok boleh ambik, kongsi sama-sama.
Yang tak molek tu, buang jauh-jauh.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Khamis, 27 Oktober 2011
Terima kasih pembaca blog
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
ya ustaz.haha...pendirian kita lebih kurang sama dlm bab pemilihan blog tuh...tpi sesetengah part mungkin ada bezanya gak.lain orang lain la tastenye kan...papepun, tq la sebab senaraikan aku kat situ.aku selalu masuk sini pun sebab ko pun selalu masuk komen blog aku.buat baik dibalas baik.lebih kurang gitu la...papepun, tq :)
sampai bila nak kena masukkan 'pengesahan perkataan' masa nak tinggal komen nih?haha...
aiyohh...
don't call ustaz ma...malu.
Still working on it.
tak sompat den nak edit blog, dgn kod2 html yang poning2. maklum la baru belajo.
akan diusahakan
xdenye sampai kena edit html kod ma...gi setting>comment>show word verification?amek no.gitu je kot...
baru dapat haa.
tadi guna interface baru tak jumpa
baru tukar yg lame punye. jumpe pulak
terharu cek aiiii.. tetiba ada nama kat situ.
jap nak jadi follower ke 20.
ada hadiah tak nih?
cek chun:
hadiah takde la. lg pun takde org nak sponsor. Maklumlah guru dalam latihan lagi, bajet tak besar nak sediakan hadiah.
Ape pun terima kasih datang jenguk-jenguk.
Catat Ulasan