Khamis, 20 Oktober 2011

Pakar perlembagaan digantung tugas!

Rujuk berita di Malaysiakini.



Menurut berita itu, Prof Aziz Bari yang merupakan pensyarah kanan di Fakulti undang-undang UIAM itu telah diberi surat tunjuk sebab serta digantung tugasnya. Hal ini berlau ekoran reaksinya kepada titah sultan Selangor berhubung dengan pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Terdapat juga laporan polis yang dibuat oleh beberapa individu terhadap reaksi Prof Aziz Bari yang dikatakan biadap dan menderhaka.

Komen saya


Saya tidak nampak apa kesalahannya berhubung reaksi kepada titah sultan Selangor.

Kepada pihak yang tidak berpuas hati dan mendakwa Prof Aziz Bari pengkhianat, mana pergi nilai Islam dalam diri kamu semua?

Apakah sultan itu terlalu maksum sehingga tiada cacat celanya hingga tak boleh ditegur sedikit pun? Begitukah?

Bukankah semua manusia sama di sisi Allah, yang membezakan adalah taqwa.

Reaksinya bukanlah dengan bahasa yang kasar dan biadap, tidaklah biadap mana sehingga berpakat mahu menarik kuasa raja seperti yang dibuat oleh kerajaan satu masa dahulu.

Penggantungan ini dilihat lebih kepada tindakan mengampu. Dan ada juga campurtangan politik.

Sudahlah profesor kangkung dan pengampu makin banyak di Universiti. Profesor yang mempertahankan pendapat akademiknya pula digantung dan diambil tindakan. Hanya kerana fahamannya tidak selari dan berlawanan arus dengan orang lain.

p/s: Silap-silap eden tulis ni, eden pun kono gantung tugas jugak nanti

4 ulasan:

LydSunshine berkata...

Haa...baik-baik... kang kamu pun kena gantung tugas. Kekeke. Tapi dunia skrg memang dah sgt2 terbalik.

msredcheesecake berkata...

selalu mengelak berbicara soal politik....

Nur Fauzi berkata...

Puan matahari:
Kenyataan ini tak popular macam Prof Aziz Bari pun..haha

Puan kek keju:
Sekadar Ulasan normal tak puas hati dari sudut akademik.

Rojak berkata...

biar kena gantung tugas asalkan berpihak pada kebenaran.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...