Khamis, 20 Oktober 2011

Hukum merokok : Haram.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Sebelum berkata apa-apa, sila klink link di atas dan baca dahulu tentang Fatqwa yang dikeluarkan.

Kalau ada yang tidak puas hati, sila "argue" dengan mereka yang bermesyuarat mengeluarkan fatwa itu. Jangan berdegar sembang sendiri tak puas hati. Kalau berani sangat, kemukakan pula hujjah yang menghalalkan / mengharuskan rokok.



Ulasan ku

Pengharaman rokok ini sepatutnya dilakukan sejak lama lagi dan di war-warkan
di media tentang pengharamannnya.

Bagi saya, ada beberapa perkara diambil kira tentang pengharamannya

1. Perubatan / kesihatan
Ini adalah alasan yang paling kuat bagi pengharaman rokok. Banyak kajian perubatan yang telah dilakukan tentang keburukan rokok kepada kesihatan manusia. Malah mereka yang menjadi perokok pasif lebih berisiko mendapat kemudaratan berbanding dengan mereka yang merokok.



Jadi jangan bongkak dengan berkata " aku dah 20 tahun merokok. tak sakit pun". Memanglah tak sakit, sebab orang sekeliling yang sedut asap tu yang dapat kesan lagi teruk. Baga!



2. Pembaziran
Pembaziran adalah satu perkara yang ditegah dalam Islam. Membelanjakan sesuatu untuk perkara yang sia-sia hukumnya adalah haram, walaupun harta itu adalah milik kita.

Kepada perokok, jangan melenting. Cuba terima sebaik mungkin. Ini realiti yang perlu dihadapi.

Nak jugak hisap. Nanti jawap sendiri 'di sana'. Tugas kawan untuk sampaikan, kawan dah buat.

5 ulasan:

aReLaN berkata...

ntah apa la yg best sgt hisap asap tu.xphm2.kte ni bau sket pon dh tak tahan.

nurfauzi berkata...

menurut kate orang yang isap rokok:
best hisap rokok ni. nikmat semacam.

bagi depa sedap la..mungkin kita pun akan rasa best kalau kita merokok huhu.

sebab tu jgn cuba. dah ketagih, payah.....

msredcheesecake berkata...

makin ramailah yg akan melakukan yg haram ni...

nurfauzi berkata...

Masalah jadi sebab fatwa yang dikeluarkan tak dikira sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi...

Mcm juga haram arak, riba....

armouris berkata...

lagi info tentang rokok di SIHAT SELALU - Berhenti Merokok Dengan Rokok Elektronik

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...