Rabu, 5 Oktober 2011

Bajet / Belanjawan 2012

Bajet atau belanjawan?

Belanjawan / bajet 2012 akan dibentangkan tidak lama lagi. Harapnya pembentangan belanjawan / bajet kali ini tidaklah bersifat make up, sogokan atau apa-apa istilah lain bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Sebagai kakitangan kerajaan dan rakyat Malaysia secara amnya, harap sesuatu boleh dilakukan untuk mengatasi inflasi di Malaysia yang semakin meningkat saban tahun. Ya inflasi semakin meningkat naik. Itu bukan perkara yang bagus.



Peningkatan harga bahan keperluan harian teramatlah dirasai tidak kira mereka yang berada di ceruk desa, mahupun di tengah kota metropolitan. Semua harga barang naik!

Sebut saja apa.
Gula? Susu? Beras? Tepung? Ayam? Daging? Ikan? Bil air? Bil elektrik? Gas memasak? Petrol? Diesel? Minyak sawit? Harga rumah? Harga sewa rumah? Bil telefon? Cukai perkhidmatan?Kadar faedah? Kadar tol? Bahan binaan? You name it.

Kos sara hidup terutama dibandar-bandar besar naik mencanak-canak. Dalam masa beberapa tahun saja nilai wang ditangan kita semakin jatuh. Dengan gaji statik dan tak banyak berubah, nisbah harga barang dan pendapatan rakyat Malaysia tidak stabil.

p/s: Belanjawan lebih sesuai digunakan berbanding bajet. Sangat tak puas hati dengan Tun Mahathir yang pandai-pandai ubah penggunaan perkataan belanjawan jadi bajet pada tahun 2002 (pembentangan Belanjawan 2003). Habis perkataan bahasa Inggeris nak dimelayukan.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...