Khamis, 6 Oktober 2011

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MARA (peringkat pengambilan)

(berdasarkan pengalaman sendiri dapat lepas sampai peringkat temuduga di Kuala Lumpur.)

MARA ada iklankan kekosongan jawatan dulu. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MARA

Jadi pada sesiapa yang telah memohon, perlu bersedia dengan beberapa peringkat pengambilan.

Borang permohonan secara online yang kita dah hantar pastinya akan disemak dan diteliti. Jika mereka rasa kita layak, barulah akan dipanggil untuk mengambil ujian personaliti. Tak semua yang memohon akan dipanggil ujian personaliti. Memang akan dada yang tak dapat. 

Rasanya kelebihan akan diberi pada mereka yang ada kelayakan akademik yang mereka mahu dan juga ada pengalaman yang berkaitan dengan pendidikan. Macam pernah jadi guru sandaran, mengajar tuisyen dan lain-lain. Tapi ada juga yang ttiada pengalaman dapat pergi ujian personaliti.



Ujian Personaliti
Ujian ni tak lama pun. Rasanya lebih kurang 1 jam sahaja. Ujian pilihan jawapan (objektif). Tak sampai satu jam pun boleh siap. Jawablah dengan seikhlas yang mungkin. Yang bosannya ialah masa menunggu masuk ke dewan ujian. Kalau kumpulan pertama lewat, maka akan lewatlah kumpulan yang seterusnya.

Pengalaman sendiri - masa ujian pukul 9.00 pagi. Tapi pukul 10.00 pagi baru masuk dewan, sebab kumpulan yang sepatutnya ujian pukul 8.00 pagi lewat mula. 

Pusat ujian - bergantung pada tempat yang akan ditentukan oleh MARA. 

Micro teaching 
Jika kita lepas ujian personaliti (tak semua lepas ujian personaliti), kita akan dipanggil untuk sesi 'micro teaching' pula. Kita akan diminta untuk mengajar. Ada beberapa orang penilai yang dilantik akan menilai cara kita mengajar di dalam kelas. Tapi tiada murid di hadapan kita. Kira macam berlakon mengajar.

Sebelum itu, kita diminta untuk bersedia dengan topik yang mahu diajar. Sertakan sekali rancangan mengajar untuk kelas tersebut (lengkap dengan nama kelas, induksi, tajuk, objektif, rujukan, langkah pengajaran hinggalah ke kesimpulan). Jika ada ABM (alat bantu mengajar) sila bawa sekali.

MARA hanya menyediakan komputer riba dan juga LCD. Kita perlu menggunakan slide power point untuk membuat persembahan. Jika ada menggunakan video, dinasihatkan supaya membawa komputer riba sendiri dan juga 'speaker'. Ditakuti video yang kita miliki tidak dapat dimainkan pada komputer yang disediakan.

Interview / Temuduga (di Kuala Lumpur)(pendidikan Islam / tahfiz sahaja)
Kalau lepas sesi 'micro teaching', kita akan dipanggil pula ke peringkat yang seterusnya iaitu temuduga. Biasanya temuduga akan diadakan di bangunan MARA Kuala Lumpur. Jadi kalau sesiapa yang bekerja, kena mohon cutilah..

Bagi calon yang memohon subjek pendidikan Islam / Tahfiz, sila buat ulangkaji dan siapkan diri terlebih dahulu. Perkara yang akan ditanya adalah berkaitan dengan apa yang telah kita pelajari.

Calon akan dinilai menggunakan tiga bahasa. Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ikut suka penemuduga nak soal kita berkaitan apa dalam Bahasa Arab. Kalau calon yang belajar di timur tengah biasanya 'kacang' setakat cakap dalam bahasa Arab.

Perkara lain yang ditanya biasanya Tajwid, Hafazan Surah, soalan berkenaan hukum Fiqh, pengalaman mengajar atau berceramah, keistimewaan atau bakat (macam taranum, tulisan khat, berzanji dan lain-lain). Pendek kata berkisar pada hal pengajian Islam.

Kita juga akan diminta menyatakan sebab kita layak, atau mungkin apa yang dapat kita lakukan jika mendapat jawatan itu. (mungkin dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu).


p/s: penemuduga ada memberitahu bahawa bagi jawatan guru pendidikan Islam, mereka memerlukan orang yang berkebolehan dan' multi task', lebih-lebih lagi ustaz. Ustaz kebiasannya adalah orang utama yang diharapkan, lebih-lebih lagi di asrama pelajar untuk membimbing pelajar.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...