Di Malaysia, jika kita mahu mengajar hal berkenaan agama, tidak kira di Masjid, surau atau rumah, tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri diperlukan. Tanpa tauliah ini, seseorang yang mengajar agama di masjid boleh didakwa oleh piihak MAIN. Jika berceramah di johor, tauliah daripada MAIJ diperlukan, begitu juga di negeri-negeri yang lain.
Tauliah ini perlu untuk mengelakkan penceramah menyampaikan ajaran yang memesongkan akidah umat Islam. Mereka yang mahukan tauliah ini perlu memohon di MAIN masing-masing dan perlu menjalani temuduga. Jika lulus temuduga, barulah tauliah akan dikeluarkan.
Isu semasa
namun dari sudut lain, hal pemberian tauliah ini juga dilihat menyekat dan menyempitkan usaha dakwah yang ingin dilakukan oleh mereka yang berkelayakan. Hakikatnya, ramai penceramah yang mempunyai kelayakan mengajar agama tidak mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri.
Mungkin kesempatan masa dan proses mendapatkan tauliah yang leceh membantutkan usaha pendakwah mahu mendapatkan tauliah.
Kes yang pernah terjadi di Selangor, mantan mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah ditahan oleh JAIS kerana memberikan ceramah tanpa tauliah daripada JAIS. Dari segi undang-undang, penahanannya itu adalah betul kerana beliau tidak mempunyai tauliah. Tetapi agak menjengkelkan kerana yang ditahan itu adalah bekas mufti, mempunyai kelulusan PHD dalam pengajian Islam, dan juga merupakan seorang pensyarah di USM.
Terbaru kes menteri besar selangor yang dikatakan memberi tazkirah di Selangor tanpa tauliah.
Apa yang tidak kena?
Sistem pemberian tauliah ini bukanlah tidak elok. Malah pemberian tauliah ini harus dipuji kerana pelaksanaannya dapat membantu mengurangkan penyebaran ajaran sesat dan bertentangan dengan akidah. Namun seringkali dilihat Jabatan Agama Islam menjadi alat pihak tertentu untuk menutup dan mengaibkan satu pihak yang berlainan parti politik. Dalam ertikata lain, hal ini mendapat campurtangan politik daripada parti memerintah. Ini realiti yang berlaku.
Larangan berpolitik di Masjid
Larangan berpolitik di Masjid atau surau dilihat berat sebelah dan menyebelahi parti yang memerintah kerajaan. Walau bagaimana mereka menafikan, ianya ternyata berlaku dan suddah diketahui umum. Jika yang datang memberi ceramah atau meraikan majlis di masjid adalah pemimpin parti pemerintah, tiada apa tindakan diambil. Walaupun secara terang dan nyata ucapan dan ceramahnya berbaur politik.
Namun sekiranya yang datang itu adalah dari parti lawan/pembangkang, habis kecoh. Datanglah pegawai daripada Jabatan Agama Islam untuk menyiasat. Sekecil-kecil isu dibesarkan hingga terpampang di media.
Isu larangan bacaan Quran menggunakan pembesar suara
Di Peerlis, larangan inii telah pun dikuatkuasakan dan telah tertulis. Namun tidak mendapat sebarang liputan negatif daripada media. Dipandang sepi. Mungkin kerana Perlis diperintah oleh parti kerajaan sekarang.
Namun perkara yang sama, dikuatkuasakan di negeri Pulau Pinang, yang diperintah oleh pembangkang, menjadi satu isu yang besar. Terpampang di media. kononya Islam seperti dalam bahaya. Pembangkang mengikut telunjuk cina dan lain-lain..Nampak jelas double standard di situ. Walaupun isu ini telah dijelaskan dengan cukup baik oleh ilmuan Islam, nampaknya ia terus dimainkan dan diberi gambaran buruk oleh media.
Harapan
Pemberian tauliah dan larangan politik di Masjid boleh dilaksanakan. Namun perlu dibuat dengan telus dan ikhlas, tanpa campurtangan dari pihak yang berkepentingan.
P/s: tidak setuju? ini pendapat peribadi saja. Lain orang lain pendapat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan