Sabtu, 10 September 2011

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British

BERITA DI TV3 - TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH BRITISH

Ini antara tajuk berita yang diperolehi daripada web TV3. Agak kontroversi kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah British.


Kenyataan ini bertentangan dengan fakta sejarah yang telah ditulis, terutama dalam buku teks di sekolah seluruh Malaysia.

Saya tidaklah mahu mengulas panjang, namun pasti ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, termasuk guru-guru yang mengajar subjek sejarah di sekolah.

Persoalan saya, jika tidak pernah dijajah British:
Mengapa ada hari Merdeka?
Mengapa bersusah payah Tunku Abdul Rahman pergi ke England untuk minta kemerdekaan?
Mengapa kita tergolong dalam salah satu negara Komanwel, dan menyertai sukan Komanwel?

Pendapat kamu bagaimana?

p/s: sejarah tidak berubah. yang berubah adalah tafsiran dan tulisan manusia berkenaan sejarah yang telah berlaku. Kerana manusia itu pemikiran dan tafsirannya tidak sama.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...