Sabtu, 10 September 2011

Marigold HL

Ada banyak jenama susu yang ada di pasaran. Dahulu saya tak begitu ambil pusing sangat kerana tak begitu berminat minum susu putih dalam kotak. Lebih gemar minum susu yang berperisa seperti coklat atau strawberi. Namun sejak mengajar di IISKD, kemudian bertunang, seterusnya sudah berumahhtangga, tahulah diri ini dengan jenama susu putih beserta harganya.

Ditakdirkan pula isteri saya memang hantu susu. Suka minum susu. Susu putih memang dibedalnya. Kebetulan pula adik bongsu yang rajin berdiet suka minum susu putih. (dahulu berat badannya 100kg++, sekarang tinggal lebih kurang 70 kg). Jadi bolehlah mereka berkongsi hobi yang sama, suka minum susu.

Jadi secara tidak rasmi, saya menjadi pembeli susu putih. Kalau dulu memang jarang sangat beli. Barulah tahu anggaran harga standard harga susu sekotak (1 liter).Ketika mengandungkan Fawwaz, isteri saya makin galak minum susu. Baguslah begitu kan..

Jenama yang selalu dibeli adalah Dutch Lady dan juga Marigold. Akhir-akhir ini bertukar pula kepada jenama Marigold HL. Tak tahulah apa keistimewaan Marigold HL ni berbanding yang lain. Tapi adik yang bongsu itu pun turut sama beli jenama Marigold HL.

Tapi apa pun, sampai sekarang saya tidak suka minum susu putih....Kalau minum pun, akan ditambah dengan perisa lain.


p/s: minum susu baik untuk kesihatan..jangan tak minum susu langsung. reput tulang nanti.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...