Khamis, 22 September 2011

Simpanan dan Dividen KWSP


Anda ada simpanan di KWSP?

Ada kegunaannya simpanan di KWSP. Bagi kakitangan kerajaan, mereka diberi pilihan samada mahu mengambil KWSP atau skim pencen. Rasanya lebih ramai yang mengambil skim pencen kerana dilihat lebih menjamin.

Tapi bagi kakitangan swasta, KWSP adalah sangat penting kerana ia merupakan simpanan untuk kita gunakan pada hari tua.

Saya ada pengalaman semasa bekerja, tolakan gaji ke KWSP dibuat, namun duitnya tidak dimasukkan ke KWSP. Agak perit juga mengenangkan. Gaji ditolak, namun duitnya tiada dalam simpanan kita. Agak lama juga berlarutan sebegitu. Tapi alhamdulillah pihak syarikat akhirnya berjaya juga melangsaikan hutang mereka dengan KWSP. Apabila disema, memang duit tolakan gaji dan caruman majikan sudah masuk di akaun pekerja . Alhamdulillah.

Sukar juga untuk dibayangkan sekiranya tiada tolakan KWSP di buat sepanjang 1 tahun 9 bulan bekerja di Kota Damansara. Sepanjang masa disana, jumlah yang terkumpul di akaun KWSP (caruman majikan + pekerja) adalah sebanyak RM 7773.97 termasuk dividen. Kalau saya bekerja dahulu tanpa ada tolakan KWSP, saya sudah kehilangan simpanan sebanyak RM 7773.97. Banyak juga tu. Sedar tak sedar hari ini hampir RM10k sudah dikumpul sepanjang masa 2 tahun 4 bulan bekerja (termasuklah semasa bekerja di MYDIN dan menjadi guru sandaran)
(jumlah ini kecil jika dibandingkan dengan orang lain yang bergaji besar. Saya gaji kecik..)

Jadi bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, seeloknya pastikan majikan anda membuat potongan KWSP. Ini untuk kebaikan kita di kemudian hari nanti. Hari ini, banyak syarikat swasta yang mengelak untuk mencarum KWSP untuk pekerja mereka untuk menjimatkan kos syarikat.

p/s: harapnya dividen KWSP tahun ni lebih tinggi dari tahun lepas. Tahun 2010 dividen KSP 5.8%.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...