Budak comel dan nakal ini demam....
Nur Fawwaz Hawwari (gambar atas) demam teruk kali ini. Badannye panas. Pergi klinik, suhu nak dekat 40 darjah celcius. Kasihan tengok, lemb
ik tak bermaya dan merengek dan menangis seharian. Barangkali sebab pening dan panas.
Kepalanya selalu dituam untuk meredakan sedikit kepanasan. Masalahnya Fawwaz memang tak suka kalau ada benda diletakkan dikepala. Kalau dipakaikan songkok, memang tak lama. Topi baby yang cantik pun kalau boleh nak dibuka. Rimas barangkali. Apa lagi bila tuala basah diperap di dahi dan kepala. Menggeleng-geleng kepala tanda tak selesa.
Kool Fever
Jadi antara alternatif yang diguna adalah Kool Fever. Mujur kool fever ni jenis melekap dan tak mudah tanggal. Terkial-kial juga tanagn si Fawwaz nak cabut pelekat yang ditempek di dahi (masih nakal walaupun demam). Kadangkala tercabut juga, lantaran perangainya yang tak reti diam. Namun proses tuam kepala secara manual (macam mesin pulak) masih berjalan seperti biasa.
Memang tak lena malam ayah dengan ibunya....Alhamdulillah berjaya juga meredakan kepanasan (walaupun tidak sepenuhnya..hari ini masih panas, tapi tidaklah teruk).
Badannya dah kurang sedikit panas, masih belum baik demam. Tapi perangainya yang tak reti diam itu sudah kembali. Wes mencolot waye kerjonye.
Selepas ni kena beli juga kool fever sikit-sikit, untuk persediaan kalau Fawwaz demam lagi.
1 ulasan:
Kool fever mmg menyenangkan kita sikit kalau anak demam
Catat Ulasan