Jumaat, 30 September 2011

Kemaskini blog dengan 'read more' dan 'link within'

Sudah tua-tua ni baru dapat tahu cara nak buat read more dan juga link within.



Bukan apa, kalau dapat buat 'read more' ni, nampak kemas sikit blog. Tak la artikel panjang berjela satu muka. Sebab blog ini memang bersepah dan tak kemas (lantaran empunya blog yang ketinggalan bab it ni..)





Alhamdulillah sekarang blogspot dah mudahkan cara buat 'read more' ni. Semasa menulis artikel, boleh klik pada butang 'insert jump break'.Cuma perlu klik pada bahagian mana artikel yang hendak dipaparkan, kemudian klik pada 'insert jump break'.

Mudah sangat, tak perlu nak salin html kod macam sebelum ni.
(Saya memang angkat tangan bila sampai kat script html ni)

Link within pula, memaparkan tajuk artikel lain selepas satu posting artikel. Memudahkan pembaca juga kalau dia nak baca artikel lain dalam blog kita. Lagipun nampak kemas dan menarik kalau link tu paparkan gambar dalam artikel yang berkaitan.

Macam mana nak buat link within? Boleh taip pada 'search engine' dan cari. Melambak-lambak ada. Cuma perlu sabar dan ikut langkah demi langkah. Contohnya yang ini.

Bila dah ada dua elemen ni, barulah blog ni nampak terurus sikit. Orang nak bace pun tak la sakit hati sangat.

p/s:  dah tua-tua baru nak belajar blogging..Tertinggal bas jauh dah ni....





Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...