Khamis, 28 Januari 2010

"kenapa kena solat ustaz?"


Pertanyaan ini pernah ditanyakan kepada saya. Bukan rakan, bukan orang dewasa, tetapi anak kecil seusia 7 dan 8 tahun. Beberapa minggu yang lalu soalan ini singgah di telinga semasa menjaga dan mengajar anak-anak kecil ini menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Mata anak kecil itu saya lihat, wajahnya seperti benar-benar ingin tahu mengapa kita perlu bersolat. Tambahan lagi ketika itu waktu solat Dhuha, solat sunat. Bukannya wajib. Tetapi mengapa diwajibkan kepada mereka? Alhamdulillah jawapan "Allah memerintah kita bersolat" dan "Allah sayang kepada hambanya yang melakukan amalan sunat" dapat diterima oleh penanya soalan.

Tetapi sebagai Muslim yang dewasa, kita perlu bersedia jika ditanya oleh mereka yang bukan Islam, atau yang kurang kesedaran tentang agama. Kesilapan dalam memberikan jawapan mungkin mengundang persepsi yang buruk.

Mengapa umat Islam perlu menunaikan solat? Sedangkan dengan masa yang digunakan untuk bersolat, kita boleh melakukan pelbagai tugasan lain. Malah kita boleh saja menghabiskan masa dengan berehat dan melenakan mata.

Saya tertarik dengan pejelasan di blog Pahrol Md Juoi melalui post di blog beliau SOLAT ITU BUANG MASA?

Sila klik untuk baca. InsyaAllah ada manfaatnya untuk kita semua.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...