Sabtu, 23 Januari 2010

Maher Zain

Saya baru bertemu dengan lagu-lagu dendangan Maher Zain, artist yang merancakkan lagi perkembangan muzik Islam di benua eropah. Alhamdulillah saya sangat tertarik dengan kesemua lagu dendangannya, sesuai dengan saya yang sukakan muzik.




If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It's everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE's the guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Bagi mereka yang berpegang bahawa muzik ini haram, memang akan mengatakan perkara ini adalah sesuatu yang sia-sia.

Walaubagaimanapun, kita perlu bertarung dengan realiti hari ni. Muzik menjadi semakin sinonim dengan kehidupan kita. Bagi saya daripada mengambil keputusan menjauhinya, lebih baik kita berusaha memperelokkan muzik dengan pengisian yang baik dan positif. Suasana muzik pada hari ini dikelilingi dengan perkara-perkara yang haram dan lagha. Maksiat, pendedahan aurat, percampuran lelaki perempuan dan segala macam masalah lagi. Pada hemah saya, hal ini berlaku kerana kita tidak meletakkan Islam sebagai asasnya. Kita kekurangan ARTIS yang peka dengan nilai-nilai Islam. Kebanyakan mereka yang terlibat dengan industri muzik ini mempunyai pengetahuan dan kesedaran agama yang rendah.

Jumlah mereka yang berdakwah melalui bidang muzik ini masih lagi kecil jika dibandingkan dengan kerosakan yang melanda.

Diharap dengan kehadiran artis seperti Maher Zain ini dapat membuka mata pendengar muzik. Harap Malaysia juga dapat melahirkan artis yang berbakat seperti ini. Memang kita mempunyai kumpulan nasyid yang terkenal seperti Raihan dan Rabbani yang terkenal di luar Malaysia. Tetapi usaha melahirkan bakat baru dalam bidang ini perlu diusahakan supaya ianya tidak menjadi malap dan berkubur.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...