Tak banyak yang dapat diceritakan untuk Aidilfitri tahun ini (kekurangan idea?). Hanya beberapa gambar disediakan untuk tatapan semua.
Ini gambar yang diambil pada hari raya pertama. Adik saya dua orang tidak kelihatan dalam gambar kerana bertugas sebagai camera man. Abang saya lagi seorang tahun ini beraya di Pahang bersama keluarga mertuanya.
Inilah dia ibu dan juga nenek. Ibu sudah 61 tahun, nenek 78 tahun....Sudah tua...Namun mereka masih gagah berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Gambar ini saya candid sahaja.
Ini pula sepupu sebelah arwah ayah. Nawal "control" ayu di atas sofa. Dua orang lagi adiknya, Najwa dan Najiha tersengih-sengih bersama umminya (mak busu saya). Muhaimin selaku abang dan adiknya Irfan tidak menyertai adik-adiknya. Mereka ada program sendiri.
Abang yang sulung bersama isteri dan anaknya yang baru seorang... Lagi satu insyaAllah tahun depan...Anaknya Afnan memang manja. Malam-malam menangis, terbangun semua orang. Mulut pun dah pandai bising-bising. Siapa nak coklat Cadbury murah, boleh hubungi abang saya ini kerana dia sekarang bekerja di kilang Cadbury, Shah Alam.
Rakan-rakan
Kehadiran istimewa sahabat lama, Mohd Faraein bin Sanusi. Kini sedang menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Kedah. Sedang mengambil kursus bahagian pemulihan khas (kalau tak silap). Dulu saiznya tidak sebesar ini (sama la macam penulis blog ini juga). Beliau hadir secara mengejut kerana kesuntukan masa dan perlu pulang awal ke Kedah. Menjadi kenalan sejak berkenal di Sekolah Tinggi Kluang (STK) pada tahu 1996.
Sahabat lama yang sangat dirindui. Muhammad Nur bin Omar (kanan) bersama ayahnya. Kami dulu di sekolah rendah (darjah satu) hinggalah ke tingkatan 3 berada dalam kelas yang sama. Macam belangkas. Mana Mat Nor pegi, Poji pun ada...Kami terputus hubungan selepas masing-masing ke Universiti, nombor telefon pula tak dapat dihubungi. Alhamdulillah bertemu kembali tahun ini. Mat Nor adalah seorang usahawan, peniaga makanan. Baru memulakan perniagaannya pada tahun ini dengan nama syarikatnya Anoqs Food and Services. Ayahnya memang kami kenal sejak dahulu sebagai oarang yang "sporting" dan ramah. Tutur kata kemas dan meyakinkan.
Yang ini pula Asyhadi. Bersusah-susah datang dari Segamat untuk menziarahi sahabat-sahabat di Kluang. Dia digelar budak pandai semasa di 3KA1 STK. Berkelulusan ijazah Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Pulang ke Malaysia dan melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Malaya dalam bidang Syariah dan Ekonomi. Bertugas sebentar di Affin Islamic dan kini menjawat jawatan pensyarah di UITM Segamat. Masih bujang huhu.....Gayanya ringkas, orangnya pendiam. Tapi ilmu penuh di dada, berbahasa Arab memang tak jadi masalah...
Kunjunagn istimewa daripada Keratong dan Negeri Sembilan. Fauzi@Pau dari Keratong dan Asri dari negeri Sembilan. Kawan sekolej dan sebilik semasa belajar di UM dahulu. Beriya-iya sangat nak datang Kluang. Sanggup bawa tempe goreng dan sambal kicap dari Keratong semata-mata nak makan bersama-sama di Kluang. Terima kasih banyak-banyak sudi datang ziarah. Dialog awal Asri semasa baru berkenalan :
"Ekau ni anak Yatim ke?" Den tengok ekau sorang-sorang jo datang daftar"
Ini pula isteri kepada Ajib Mokhtar, sahabat lama di STK. Isterinya bekerja di JB, manakala Ajib pula di Petronas Dungun. Selalu berulang alik ke Johor menemui isteri tersayang. Alhamdulillah pada Syawal inimereka dikurniakan cahaya mata lelaki. Namanya saya sudah lupa. Tahniah diucapkan. Yang sedang makan itu bukan anak Ajib. Itu anak orang lain. Antara pesanan yang ditinggalkan oleh Ajib :
"kawin cepat Poji. Rugi kau kawin lambat-lambat ni.."
Ini pula Sham dan isterinya. Datang membawa hero lelakinya yang berumur setahun. Tahun depan tambah lagi seorang...
" kau bila nak kawin Poji? Aku nak masuk 2 orang anak dah ni"
Sham adalah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang. Kini melanjutkan pelajaran peringkat Phd di UTM Johor.
Berbaju biru, Nurhanum Omar. Kenalan lama semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu. Kini bertugas di Politeknik di Sabah sebagai pensyarah. Jauh betul....
Saya dan Sham sempat meronda ke rumah Ustazah Zanariah. Lama rasanya tak berkunjung ke rumah ustazah. Ustazah Zanariah adalah guru kelas dan guru Bahasa Arab saya semasa di STK dahulu. Beliau memang sabar mengajar, walaupun anak didiknya ketika itu degil-degil belaka terutamanya pelajar lelaki. Anaknya sudah tiga orang. Kali terakhir saya datang, anaknya yang kecil tidak boleh berjalan lagi. Sekarang dah boleh berlari (adik berbaju biru).
"Fauzi bila pulak nak "berdua" ni?"
Soalan perangkap oleh ustazah yang belum mampu untuk dijawab....
Ini gambar tahun 2002 selepas habis STPM. Saya menziarahi rumah ustazah Zanariah bersama Faraein dan Aminuddin. Masing-masing masih lagi kurus ketika itu. Anaknya yang perempuan itu sudah pun besar (lihat gambar atas). Adik yang berbaju biru (dalam gambar atas) itu masih belum lahir.

3 ulasan:
bestnya raya kawan2 datang uma....aku nak jumpa ko la poji..bile nak balik ke johor..?
die org datang mengejut je. cuti kejap2 je, tak sempat nak berjalan sangat
sudah lama tak singgah kerna kebizian dunia (perasan sibuk. cih. sungguh kurang sopan mengatakan 'nawal control ayu'. ngadu karang...
Catat Ulasan