Selasa, 8 September 2009

Makan di bulan Ramadhan...


Dalam bulan Ramadhan ini juga kita dapat lihat bermacam-macam ragam berkenaan dengan makanan. Ada yang menjadikan bulan Ramadhan sebagai medan untuk mengurangkan makan. Tidak kurang juga sebaliknya. Ramadhan bertukar menjadi pesta makanan kerana dalam bulan ini, pelbagai makanan boleh didapati dan peniaga makanan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.....

Ramadhan pesta makan.....Satu fenomena yang tidak sihat......

Tidak kurang juga ramai yang berbelanja untuk makan secara buffet di hotel atau restoran terkemuka. RM 40 untuk seorang adalah perkara yang biasa. Walhal pada hari-hari biasa tidak tergerak pun hati mahu ke sana. Malah ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Makanan saya di bulan Ramadhan

Tiada bezanya seperti hari lain, cuma waktu makan yang berbeza. Jika masak di rumah pun, hanya menu-menu yang mudah dan biasa dimasak. Nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, masak sambal, sup, masak kicap.....Yang biasa-biasa saja....

Jika beli pun, makanan yang biasa-biasa saja. Saya rasa amat membazir sekiranya pergi makan berbuka dan berbelanja berpuluh-puluh ringgit untuk makan berbuka sahaja.

Namun jika sesekali mahu pergi merasa, rasanya tidaklah menjadi kesalahan. Cuma perlulah berpada-pada dan tidak elok dijadikan amalan.

"semalam kita orang makan kat Tony Roma berbuka. Makan 4 orang. Nak dekat RM500 bayar.."

Tersirap darah mendengar...Ikutkan hati mau dihambur dengan sumpah seranah..Bagi saya itu satu pembaziran yang sangat nyata. Makan sepinggan daging steak berharga RM 70......!!!!

Sesekali nak merasa katanya..... memang tak boleh nak terima alasan sebegitu. Mungkin bagi mereka tak mengapa berbelanja sedemikian (walaupun gaji bukannya banyak mana...Orang bergaji mahal pun fikir banyak kali). Agaknya dah rasa kebulur nak makan takde duit, baru teringat nak berjimat - cermat.


Saya tak tahu pengalaman orang lain. Namun pengalaman tidak ada duit walaupun hendak membeli sekilo beras untuk memasak, hanya minum air menahan lapar sudah cukup memeritkan dan membuatkan saya sedar perlunya berjimat jika berbelanja.

MEMBAZIR!!!!!!

Lebih-lebih lagi bila terbayang saudara seagama kita di Palestin dan negara lain yang miskin....
Mereka kebuluran tak cukup makanan.
Mereka bertarung nyawa mencari sesuap makanan.
Tiada erti kenyang bagi mereka.
Makan cukup sekadar untuk meneruskan hidup.


Kita di sini......Sanggup makan sepinggan makanan berharga mencecah ratusan ringgit....Hanyut......

Ramadhan menjadi pesta bersukaria untuk makan.....Ke mana perginya penghayatan Ramadhan? Hanya dengan ujian makanan, kita sudah leka dibuai arus nafsu...

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...