Ahad, 6 September 2009

Tribute Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)

Rata-rata peminat nasyid tanah air pastinya bersedih atas pemergian Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani bulan lalu. Pemergiannya amat mengejutkan dan amat-amat dirasai oleh kita semua.

Bagi saya yang lahir sekitar tahun 80-an, saya membezar dengan suara Ustaz Asri sejak beliau berada di dalam kumpulan nada murni lagi. Nasyid pertama yang saya tahu bertajuk Assalamualaikum adalah dendangan suara beliau. Asma'ul Husna yang saya belajar dan hafaz adalah berdasarkan suara alunan ustaz asri dalam kaset yang ayah belikan.

Alunan azan di RTM yang saya dengar adalah suara beliau. Zikir dan selawat seperti tala'al bardru 'alaina adalah dari dendangan ustaz Asri. Lagu Ibu Mithali di RTM 1 yang saya dengar juga didendangkan oleh beliau. Saya membezar dengan suara beliau. Zaman kanak-kanak, zaman remaja (sekolah) , dan zaman meningkat dewasa....Saya dan ramai di kalangan kita membesar dengan suara alunan beliau menyeru ke arah kebaikan.

Alangkah murninya usaha beliau mengajak kita semua melakukan kebaikan, walaupun tanpa kita sedari.......

Banyak lagi lagu-lagu dakwah, zikir dan selawat yang didendangkan oleh beliau di televisyen. dan radio. Semua itu saya dengar sejak kecil dan saya akui melalui alunan suara merdu beliau itu, sedikit demi sedikit Allah lembutkan hati saya untuk meminati aliran muzik yang dinamakan NASYID. Minat itu terus bercambah dengan kemunculan kumpulan Raihan......



BERKELANA (RABBANI)

Tuhan memanggil

ku tidak menyahutnya

Tuhan memanggil

Aku mendengar saja

Tuhan memanggil aku

ku sahut sekali sekala

Tuhan memanggil aku

ku cuba menerimanya

Tuhan memanggil

ku sahut bertalu talu

Tuhan memanggil

ku jemu menyahutnya

tapi aku memaksa

diriku menerimanya

itulah diri aku

belum jinak dengan Tuhan..

Ku akan jinakkan dengan Berkelana..

Rata-rata siapa yang pernah berjumpa dengan Ustaz Asri Ibrahim pastinya tertarik dengan peribadi beliau yang ramah dan bersikap sederhana. Tidak kira siapa anda, bila berjumpa dengannya pasti dilayan dengan baik. Senyuman tak lekang di bibirnya bila berjumpa tetamu.

Saya takkan lupa kali pertama dan terakhir berjumpa beliau di Rabbani Production. Memang tak sangka perlu berurusan dengan beliau jika mahu membeli alat muzik dengan Rabbani.

Ustaz Asri : Assalamualaikum, anta kat mana ye? Boleh tunggu saya sekejap tak? Saya dalam kereta la. Jem kat depan TTDI ni. IsnyaAllah pukul 6.15 sampai ye.

Saya : Boleh, takde masalah ustaz.

Di Rabbani Production...

Ustaz Asri : Anta ni kerja kat mana ye? (setelah melihat saya duduk diam dan mati kutu)

Saya : Saya cikgu, kat sekolah swasta. Integrated Islamic School Kota Damansara.

Ustaz Asri : Oooo dekat je tu dengan tempat ni. Ajar subjek ape?

Saya : Saya ajar BM untuk sekolah rendah.

Ustaz Asri : Memang ambik bidang Bahasa ke. Belajar kat mana ye?

Saya : Saya dulu kat UM. Skarang ni tengah sambung lagi.

Ustaz Asri : Alhamdulillah. Bagus la muda-muda ni belajar lagi. Boleh tambah ilmu. Muda lagi kan? Umur anta berapa ya? Ambik bidang apa?

Saya : Saya dah 26 tahun dah...Saya ambik jurusan Syariah.

Ustaz Asri : Muda lagi tu...Boleh belajar lagi. Alhamdulillah, jadi ustaz la ye nanti ni...Anak saya dulu UPSR kan, BM die tak bagus sangat la (sambil tersengih-sengih). Skarang ni nak PMR dah. Harap-harap ada la peningkatan. Penulisan die dapat B dulu. Saye heran jugak. Tapi takpe la, dah rezeki dia.

Saya : Ooooo gitu....(tak tahu nak respon ape..). Rajin bace insyaAllah boleh punye ustaz.

Ustaz Asri : Harap-harap gitu lee....Anta dulu sekolah kat mana ye?

Saya : Saya dulu SPM dengan STPM kat SMKA Segamat.

Ustaz Asri : Segamat ke...Kenal tak Ustaz Khairil Anuar. Die cikgu kat situ. Aktif ajar nasyid kat sekolah. Dulu die Arqam.

Saya : Kenal ke ustaz??? Itu la cikgu nasyid saya dulu.

Ustaz Asri : Kenal la masa dalam Arqam dulu..Kalau jupe sekarang masih kenal lagi (sambil tersenyum). Bagus la kalau minat nasyid ni. Kurang-kurang kita nyanyi ada mesej yang nak disampaikan, bukan saja-saja ye tak? Melodi sedap, suara ok, insyaAllah sampai mesej.

Saya : Betul tu. Saya ni baru nak aktif cuba ajar budak-budak sekolah.

Ustaz Asri : Baguslah macam tu.....

Itu antara sedikit sembang saya dengan Ustaz Asri. Banyak lagi yang dibualkan sehingga boleh melalut ke hal dia membeli rumah. Tapi memang Ustaz Asri yang banyak bertanya dan bercakap. Satu yang saya perasan, beliau suka apabila saya menyebut tentang mengajar nasyid pada pelajar sekolah.....

Memang teruja dapat bertemu beliau. Lantaran daripada pertemuan itu, sekolah tempat saya bekerja bercadang menjemput beliau untuk program Ihtifal hujung tahun nanti...Nampaknya hajat saya tak kesampaian untuk berurusan dengan Ustaz Asri buat kali kedua.

Semasa mendapat berita pemergiannya, memang saya rasa kehilangan.....Satu hari rasa ada benda yang tak kena, dan perasaan sedih menyelubungi...Rata-rata ustaz-ustaz di sekolah dan sahabat lain juga turut rasa sedih hari itu...

Balik ke rumah saya mendengar lagu Di Ambang Syawal dendangan Rabbani...Bergenang juga air mata....Saya jarang menangis....Tapi kali ini murah air mata ini jatuh...

Suara gemersik itu pastinya dirindui........

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...