Agak lama dibiarkan terbengkalai blog ini....Hingga tak sedar dah pun hambir tiba pertengahan bulan Ramadhan..Hidup ini semakin dihimpit kerja yang kelihatan tak sudah-sudah menjelma. Selesai satu, datang pula satu lagi. Bertambah perit bila belum selesai yang ini, datang pula kerja lain bertimpa-timpa. Huru hara dan terkejar-kejar dibuatnya. Apa nak buat, sudah jadi tanggungjawab sebagai guru, perlulah ditunaikan sebaik mungkin.
Bulan Ramadhan yang mulia ini, kita disarankan agar memperbanyakkan amal ibadah kita. Bulan "cheap sale" pahala....Pahala memang mudah kita nak dpat....Cuma tinggal nak buat atau tidak, itu sahaja. Jika tercicir juga, itu memang kelemahan iman di dalam diri kita. Selalu kita "mengkambing hitamkan" Syaitan sebagai penyebab kita lalai dan membuat dosa. Tetapi di bulan Ramadhan, alasan itu sama sekali tidak terpakai.....
Maka rugilah kita jika bulan yang penuh dengan keberkatan ini kita hanya beribadat seperti hari-hari biasa...Malah semakin rugi jika bulan Ramadhan menjadi bulan bermalas-malasan. Malas bergerak atas alasan puasa. Malam pula malas bergerak kerana perut membusung penuh makanan kerana "overload" berbuka...Silap-silap di bulan Ramadhan, makin bertambah berat badan jadinya...
Bersabar....bersabar.....bersabar........
Antara amalan yang dituntut semasa bulan Ramadhan ini ialah bersabar. Memang mencabar bulan Ramadhan ini. Dalam keadaan perut yang lapar, kurang bertenaga, tiba-tiba kita menghadapi masalah yang tidak diduga. Maka amat dituntut kita bersabar. Bersabar ini adalah salah satu tanda kekuatan diri kita. Tapi bukan mudah untuk bersabar bagi yang tidak biasa.
Jadikanlah bulan ini untuk melatih diri kita supaya lebih bersabar menjalani hidup kita sehari-hari. Sabar perlu dilatih selalu. Jangan mudah melenting tak tentu arah.
"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan