Selasa, 13 Oktober 2009

Tugasan yang banyak

Hujung-hujung tahun begini banyak betul tugasan yang menanti. Sekarang ini musim pelajar menghadapi peperiksaan. Selepas itu bertungkus lumuslah guru-guru menanda kertas jawapan murid-murid. Kertas karangan adalah kertas yang paling memningkan untuk saya tanda. Gembira, sedih dan lucu silih berganti.

Saya juga ditugaskan melatih anak-anak seusia 12 tahun untuk bernasyid. Mereka perlu membuat persembahan semasa program ihtifal sekolah bulan hadapan. Apa yang memeningkan, saya perlu mengajar mereka bermula dari kosong@sifar, terutamanya berkenaan alat muzik "ketuk-ketuk" seperti kompang melayu, shaker dan yankee. Nak dapat rentak lagu pun susah. Menyanyi suara masing-masing tak sama pitch, jadi celaru dan sumbang. Perlukan banyak kesabaran......

Sebelum ini saya mengajar murid-murid yang sudah ada asas seperti pasukan nasyid Sekolah Sains Seri Puteri KL dan pelajar SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat. Jadi tugasannya tidaklah memeningkan sangat. Hanya perlu "menyeksa" mereka dengan latihan yang lebih lagi...

Teringat zaman berlatih nasyid di sekolah. Antara intro yang kami lakukan, kami tiru daripada persembahan Rabbani seperti intro dalam klip video di bawah. Intro yang kami tiru itu berjaya menarik tumpuan penonton ketika kami memulakan persembahan, memandangkan vokalis kami tak kurang hebatnya ketika itu. Namun masih terlalu jauh untuk menandingi vokal Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.



Sampai sekarang saya masih lagi suka dengar intro Rabbani ini.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...