Selasa, 7 Julai 2009

Dihimpit masa....

Sejak kebelakangan ini saya kesuntukan masa dan juga kekeringan idea untuk menulis di blog (huh...alasan saje!)

Namun ada beberapa perkara penting bagi saya yang berlaku kebelakangan ini......

Cuti semester berakhir
Maka dengan ini bermulalah semula episod kesibukan hidup. Terpaksa berkejar-kejar ke UM selepas pukul 4.00 petang di IISKD. Tugasan sekolah dan tugasan kelas di UM pastinya membuatkan otak ini berserabut seperti sebelum ini. Tambahan pula Isnin dan Jumaat, kelas tuisyen perlu dihadiri bagi memastikan anak didik mendapat persediaan secukupnya sebelum menghadapi peperiksaan.

Perkahwinan abang
Abang saya yang kedua selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya pada 26.06.09 di Bentong, Pahang. Majlis kenduri berjalan seperti majlis kenduri yang lain. Cuma ada sesi perarakan kawad pedang (maklumlah berpangkat KAPTEN di dalan ATM). Pertama kali melihat bagaimana kawad pedang dilakukan.

Walaupun dihimpit kesibukan kerja, namun saudara mara dan sepupu sanggup meluangkan masa selepas kerja pada hari Jumaat untuk berkejar ke Bentong, Pahang bagi meraikan majlis pernikahan "Kapten" ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.

Antara yang datang memeriahkan majlis (kenduri di Kluang)

Kenduri pihak lelaki juga tidak kurang meriah dengan kehadiran rakan-rakan, dan saudara mara yang lain. Tak menang tangan juga dibuatnya. Malam menjelma, masing-masing tidur tak sedar diri kerana keletihan.

Membeli alat muzik
Ini adalah kali pertama saya membeli alat muzik. Alatan yang dibeli hanya alat muzik ketuk iaitu sebuah darbuka aluminium (yankee) dan juga shaker. Walaupun nampak ringkas, namun hangus juga RM 300 untuk mendapatkannya. Saya juga buat pertama kali berpeluang berjumpa dengan Ustaz Asri Ibrahim iaitu vokalis utama kumpulan Rabbani (kerana saya membeli alat muzik tersebut di Rabbani Production dan kebetulan dia yang menguruskan jualan alat muzik)


lebih kurang beginilah gambarnye...

saya hanya membeli sebuah shaker sahaja

Keputusan membeli alat muzik ini dibuat selepas pergi mengajar pelajar sekolah yang baru berjinak-jinak mengenali dunia nasyid di Segamat, Johor...alatan ini dibeli untuk koleksi diri sendiri. Saya lebih mudah belajar bermain alat ketuk berbanding alat muzik yang lain.

1 ulasan:

nieza83 berkata...

salam..
tahniah mendapat kakak ipar... mesti penat majlis berturut2..
minggu lepas nyaris terbabas kereta kerana terlalu ngantuk..
syukur sempat terjaga...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...