Cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujungnya. Tatapi cuti kali ini rasanya seperti tidak bercuti berikutan banyak program yang perlu dihadiri sepanjang cuti sekolah ini. Disebabkan program itu juga, banyak jemputan kenduri kahwin kawan-kawan tidak dapat dipenuhi. Minta maaf atas kekurangan itu. Tetapi apa boleh buat, sudah menjadi tugas sebagai seorang guru.
Perkhemahan pelajar IISKD
Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kalumpang, Hulu Selangor. Bermula pada hari Sabtu 30 Mei hingga Isnin 1 Jun. Walaupun nampak mudah, tetapi program ini amat meletihkan guru-guru yang terlibat dan turut serta dalam perkhemahan tersebut. Persiapan rapi perlu dialkukan sebelum berangkat pergi. Tambahan pula, pelajar perlu memasak sendiri makanan mereka sepanjang 3 hari perkhemahan.
Tak menang tangan juga menguruskannya. Mujur guru-guru memberi kerjasama yang baik dan membantu mana-mana bahagian yang difikirkan perlu. Perkhemahan ini amat baik untuk memberi pendedahan kepada "anak-anak bandar" di IISKD.
Kursus KRS (Leftenan Muda) untuk guru-guru
Selang 2 hari selepas perkhemahan dengan pelajar, 9 orang guru dari IISKD perlu menghadiri kursus Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) yang diadakan di Setiawan, Perak selama 4 hari 5 malam. Gelap muka semasa perkhemahan dengan pelajar belum lagi hilang, kena pula pergi kursus 5 hari. Maka bertambah gelaplah muka ini.
Sudah lama juga tidak menjalani aktiviti perkhemahan yang agak lama seperti ini. Bagus juga pergi kerana badan ini sudah semakin membulat dan mengembang (gemuk).......Tambahan pula kami dapat berkongsi maklumat dan pengalaman daripada guru-guru sekolah Islam yang lain yang turut menghadiri kursus tersebut.
Perserta lelaki yang hadir...(bulatnya badan ini...)
Jadi sepanjang 5 hari ini juga kami perlu memasak sendiri untuk makan. Hal ini tidak menjadi masalah kerana guru-guru lelaki ramai yang tahu memasak. Cuma aktivitinya agak meletihkan bagi saya yang kurang stamina ini (maklumlah badan dah berat). Pada hari terakhir juga kami perlu memakai pakaian seragam KRS yang lengkap....Kali terakhir saya menyarungkan uniform pakaian seragam adalah pada tahun 2002 semasa di Tingkatan 6 ( menyertai pasukan Kadet Bomba)...Ketika itu badan kurus dan segak. Tapi sekarang, seperti nangka yang di balut....
Hari terakhir kursus
Kem Ibadah dan Sahsiah diri (anjuran Jazim Motivation)
Saya menghadiri program ini lewat sehari. Program bermula pada 8 jun tetapi disebabkan pada hari tersebut saya masih lagi di Perak, maka saya hanya boleh menghadirkan diri pada keesokan harinya. Program ini dikendalikan oleh Jazim Motivation, syarikat kepunyaan sahabat karib saya Ustaz Fadly Samin yang menetap di Melaka. Program ini diadakan di Masjid Putra Perdana. Ini adalah kali ketiga Jazim Motivation mengendalikan program di Masjid Putra Perdana. Alhamdulillah. Diharap kerjasama antara Jazim Motivation dan pihak Masjid Putra Perdana dapat dieratkan dan dikekalkan.
Saya telah terlibat membantu Jazim sebagai fasilitator agak lama juga, bermula pada tahun akhir pengajian di UM hinggalah sekarang. Jadi rasa tidak sampai hati menolak pelawaan daripada sahabat kali ini memandangkan program ini diadakan di kawasan Selangor dan terletak hanya 40 minit perjalanan dari rumah.
Bersama Puan Norjah (insan yang membawa dan memperkenalkan Jazim ke Putra Perdana)
Balik dari kursus KRS, terus sambung program di Masjid Putra Perdana selama dua hari. Letih juga badan ini. Sudahlah kepala "gondol", muka pun gelap sebab berjemur, badan pula besar "gedabak", jadi arahan yang saya berikan kepada pelajar mudah dipatuhi. Mungkin disebabkan gerun agaknya hahahaha......
Kesimpulannya, untk cuti sekolah kali ini, 8 hari dihabiskan untuk "bercamping" dan 2 hari untuk program motivasi....Meletihkan bagi insan yang lembik ini. Kertas ujian masih belum habis ditanda. Maka saya terpaksa memendekkan masa untuk berada di kampung halaman. Mungkin 2 hari sahaja.
Apa-apa pun semua ini adalah pengalaman yang perlu saya lalui untuk mematangkan fikiran....
2 ulasan:
Cuti2 skolah gini la yang best buat aktiviti non-book. kalau sekolah buat aktiviti camping ke... tracking ke.. awak patut joint. kalau cuti dok rumah je.. apa syok.
View Profile: Rantong™
Selagi masih muda dan belum ada komitmen dengan keluarga sendiri lagi,bagus juga sertai aktiviti begini. Lain orang yang cuti duduk di rumah dengan orang bercuti melakukan aktiviti di luar rumah; banyak bezanya meskipun diakui banyak juga letih dan penatnya. Kadang-kadang bila lengang begini,saya sendiri akan terkenang-kenang program dengan jemaah....rindu!
Apa pun,tak sangka kerjaya cikgu ni sibuk.Ape pun,doakan saya ye!
Catat Ulasan