Saya mula menceburkan diri dalam bidang nasyid agak lewat, semasa berusia 16 tahun apabila berpindah sekolah ke SMKA Segamat. Sebelum itu saya tidak pernah bernasyid dan bermain sebarang peralatan muzik.
Alhamdulillah walaupun agak lewat, saya kira saya cepat belajar berbanding pelajar lain dalam bermain alat perkusi seperti yankee, shaker, tambourine, conga dan bongo. Cara saya belajar amat mudah....Saya hanya perhatikan kawan dan senior bermain, kemudian berlatih sendiri sehingga dapat rentak yang dimainkan. Namun kemahiran bermain alat perkusi yang saya ada hanyalah peringkat asas sahaja, walaupun menjadi pemain perkusi dalam kumpulan nasyid sekolah.
Tetapi saya memang meminati bidang ini...
Alhamdulillah hari ini saya masih cuba berkongsi maklumat dengan sesiapa yang mahukan maklumat tentang nasyid terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Saya amat gembira sekira ada pelajar-pelajar sekolah yang meminati nasyid. Sedikit kemahiran yang ada ini saya cuba manfaatkan dengan mengajar pelajar-pelajar sekolah bernasyid termasuklah bermain alat perkusi.
Antara sekolah yang pernah dilawati ialah Sekolah Sains Seri Puteri di Kuala Lumpur. Rasanya sempat mengajar nasyid di sekolah itu selama 2 tahun. Pada saya lebih baik pelajar sekolah ini meminati bidang ini daripada terlibat dengan perkara lain yang tidak berfaedah. Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penekanan tentang disiplin dan akhlak kepada mereka semasa latihan. Bernasyid bukan sekadar menyanyi sahaja........
Kualiti nasyid...
Saya kurang meminati kebanyakan kumpulan nasyid yang baru muncul akhir-akhir ini kerana tidak tertarik dengan persembahan dan tema yang dibawa. Rentak yang terlalu melankolik dan adakalanya terlalu jiwang. Malah ada yang saya rasakan mutu suara tidak mencapai standard yang saya ingini. Saya ternanti-nanti kumpulan seperti di awal kumpulan nasyid "meletup" seperti nowseeheart, Rabbani, Raihan, Brothers (sekadar menyebut beberapa nama).
Mengajar
Jadi melihat malapnya nasyid, saya sering "membelasah" anak murid semasa latihan nasyid dijalankan. Maksudnya latihan dijalankan secara bersungguh-sungguh. Kalau bahagian vokal, memang sampai merah-merah muka dan serak suara dibuatnya. Pantang terdengar sumbang, perlu diulang semula. Pembahagian suara kepada "harmoni" dan "third" juga dilakukan. Pernah ada pelajar yang hampir menangis. Bagi pemain perkusi pula, memang sampai bengkak-bengkak dan lenguh tangan dikerjakan.
Walaupun sengsara pelajar-pelajar ini semasa berlatih, namun hasilnya memang jauh berbeza daripada sebelum ini. Ada peningkatanyang ketara. Diharap dengan latihan ketat yang diberikan, mereka dapat meneruskan legasi nasyid pada masa akan datang....
Satu hari di Segamat
Saya menerima undangan seorang kawan (seorang guru) untuk mengajar anak muridnya berlatih nasyid di SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat. Lokasinya memang tidak jauh daripada SMKA Segamat, tempat saya menimba ilmu satu ketika dahulu. Dikhabarkan SMKA Segamat masih lagi menjadi "otai nasyid" di daerah Segamat. Pasukan SMK Dato' yang masih hijau ini bercita-cita besar mengalahkan pasukan "otai" tersebut.
Setelah mendengar persembahan awal mereka, saya membuat perkiraan mereka terlalu jauh ketinggalan untuk menandingi SMKA Segamat (saya membuat perkiraan berdasarkan prestasi semasa tahun 2002, ketika saya sebagai senior di SMKAS)...Seperti biasa, pelajar yang masih hijau ini kami (saya dan Encik Pidut) "basuh" setakat yang terdaya...Memang ada yang hampir hilang suara dan tangan pemain alat perkusi lenguh dan kemerah-merahan bengkak.....Apa yang mengejutkan pada hari pertandingan, mereka berjaya mendapat tempat ke-2 dengan perbezaan tidak sampai 5 markah di belakang pasukan "nasyid otai" di Segamat itu......Nampaknya kualiti nasyid di kebanyakan SMKA yang saya tahu sudah semakin menurun.....Sangat sedih.
Pergi ke Rabbani Production
Saya membuat keputusan untuk membeli sebuah yankee untuk memudahkan saya mengajar nasyid (sekiranya berpeluang lagi). Lagipun memang sudah lama saya ingin membeli alat muzik tersebut. Masa-masa lapang dirumah, boleh berlatih seketika bermain yankee..
Seorang rakan mengesyorkan saya pergi membeli alat muzik di Rabbani Production. Apa yang mengejutkan saya, saya perlu berurusan dengan Ustaz Asri Ibrahim sendiri untuk membeli alat perkusi tersebut.
"untuk urusan alat perkusi, encik boleh hubungi ustaz Asri terus ye. Sebab dia yang uruskan alat perkusi ni. Pasal harga ke, jenis alat, semua boleh tanya dia"
Rasa bimbang juga nak telefon orang terkenal seperti ustaz Asri...Namun alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Ustaz Asri memang ramah melayan tetamu. Tak sangka juga diajak berbual lama (cuma saya yang tak pandai dan tak berapa ramah nak berbual dengan orang). Suaranya memang jelas apabila bercakap.
Saya sedang menanti jika Rabbani mengadakan kelas bermain alat perkusi kerana memang teringin mempelbagaikan lagi gaya dan car bermain alat perkusi terutamnya bermain conga dan djembe...
Sekiranya ada cikgu-cikgu sekolah yang memerlukan tenaga pengajar untuk membentuk satu kumpulan nasyid di sekolah, insyaAllah saya cuba membantu setakat yang terdaya.....
7 ulasan:
saya paling xsuka orang melayukan perkataan bahasa inggeris. susah sangat ke nak cari dalam kamus maknanya?banyak online website untuk digunakan sebagai pembantu dalam menterjemah perkataan bahasa inggeris kepada bahasa melayu. Kata suruh mansuhkan PPSMI tp masih guna bahasa inggeris yang di melayukan..saya benci..untuk makluman percussion = alat genderang. bukan perkusi.perkusi tiada di dalam kamus bahasa melayu.terima kasih.maaf sekiranya mencuit hati kecil.no offence..
saya dah update. sila apdet blog anda. ehe
Assalamualaikum encik Fauzi... Sy nk tanya, encik fauzi tinggal dan berkerja di mana ye skarang? Sy berkenan pula nak minta tolong encik fauzi mengajar nasyid di salah sebuah sekolah di segamat, smk seri kenangan... Bagaimana sy boleh berhubung dgn encik fauzi ye?
saya di sekitar batu pahat saja.
jauh sangat nak ke segamat sekarang sebab komitmen kerja dan keluarga.
kalau setakat khidmat buat lagu tu mungkin boleh lagi sebab urusan online saja. tapi saya tak mahir sangat buat lagu.
Ohh, kalau di batu pahat tu di mana ye? Adakah di sekolah tertentu atau encik ada studio tersendiri?
Kami sekarang ni mmg betul2 perlukan kemahiran dari aspek vokal suara, lagu insyaAllah kami ada sumber tersendiri...
assalam..en saya perlukan bantuan cara bermain
conga
Boleh ajarkan saya main yankee...
Catat Ulasan