Jumaat, 1 Mei 2009

Bercerita tentang azan..


Jika ada masa dam mood baik, saya suka bercerita kepada anak-anak kecil didalam kelas. Anak-anak kecil ini biasanya suka mendengar cerita. Namun ada juga yang tidak suka. Kebiasaannya cerita saya ada diselitkan unsur kelakar sedikit, ada pengajaran dan lebih senang jika ada watak, watak tersebut ditukarkan nama kepada pelajar yang ada di dalam kelas.

Di kelas tuisyen...

Minggu yang lalu ada sedikit kekalutan yang berlaku di kelas tuisyen akibat beberapa orang pelajar yang "buat hal" dan di panggil menghadap atas kesalahan serius mereka. Sementara menunggu giliran saya berjumpa mereka, saya bercerita kepada pelajar-pelajar lain yang menunggu di dalam kelas.

Ceritanya tentang azan yang sering kita dengar setiap hari...Walaubagaimanapun sumber cerita ini tidak dapat saya pastikan kebenarannya..Mungkin juga Israiliyyat.Mohon maaf sekiranya tidak benar..Namun ada pengajaran yang dapat dikutip...

"Pernah dengar cerita tentang azan tak semua?"

"tak pernah cekgu!!!!!!" masing-masing menggeleng kepala. Kanak-kanak hari ini kurang mendengar cerita sirah berkaitan dengan sahabat nabi. Saya cuma menyampaikan apa yang diceritakan oleh guru saya dahulu, ditambah dengan sedikit bacaan yang saya perolehi.

"Koshan, Reneesya, kamu ok ke kalau saya cerita ni?" dalam kelas itu ada pelajar bukan Islam. Bimbang juga kalau mereka kurang selesa.

"Takpe cikgu...Saya dengar je. No problem " Mujur mereka sudi mendengar..

Saya meneruskan cerita tentang asal usul azan kepada mereka. Bermulanya tentang Rasulullah dan para sahabat memikirkan cara untuk memanggil orang ramai ke masjid untuk menunaikan solat. Bermacam-macam cadangan dibuat tetapi tidak diterima.

Akhirnya cadangan kalimah azan dikemukakan oleh Umar Al-Khattab kepada Rasulullah s.a.w dan baginda bersetuhu. Mulai saat itu Bilal bin Rabah yang ditugaskan menjadi muazzin setiap kali masuk waktu solat.

Satu hari ada seorang sahabat yang mahu menggantikan bilal untuk melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Setelah berkali-kali diminta kepada Rasulullah s.a.w. akhirnya baginda memberi kebenaran untuk melaungkan azan sekali sahaja, iaitu pada waktu Subuh. Sahabat ini memang mempunyai kelebihan dari sudut suara. Suaranya lunak dan merdu...

Sampai masanya, azan pun dilaungkan. Solat Subuh berjalan seperti biasa. Tiada perkara yang pelik berlaku. Tak lama kemudian Jibril bertemu Rasullah s.a.w bertanyakan tentang azan Subuh yang tidak kedengaran pada pagi itu....Rasulullah menjelaskan bukan Bilal yang melaungkan azan pada waktu subuh....

Saya menyoal kepada pelajar

"kenapa Jibril tak dengar azan Subuh tu? Padahal suara sahabat tu lebih sedap daripada Bilal?"

Masing-masing diam berfikir...Ada yang menggaru-garu kepala. Tiba-tiba ada jawapan yang tidak disangka. "sebab orang tu azan tak ikhlas cikgu. Dia nak tunjuk suara dia sedap"

Lebih tidak disangka, jawapan tersebut datang daripada si Koshan yang bukan Islam itu...Pelajar yang lain agak terkejut juga....Masing-masing melihat si Koshan.

Saya sendiri terkejut dan geleng kepala melihat pelajar yang lain. Malu juga rasanya..Saya menjangka jawapan akan datang daripada mereka yang namanya Jamil, Syafiq, Anuar dll (yang beragama Islam)....


1 ulasan:

Ibnu 'Uthman berkata...

Salam

Nape tak nampak masa exam minggu lepas?

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...