Sabtu, 3 Januari 2009

Tulisan Pahrol Md Juoi dan ustaz Hasrizal Abdul Jamil



Saya terbaca majalah SOLUSI terbitan telaga biru yang dibeli oleh kawan serumah. Artikel yang menjadi perhatian saya adalah artikel tulisan Pahrol Md Juoi seorang penulis yang bertugas di Fitah Perkasa Sdn Bhd. Saya mula meminati tulisan "ustaz" Pahrol sejak membaca artikel tulisannya di ruangan Kemudi Hati majalah ANIS. Bagi saya tulisannya banyak yang menyentuh perasaan dan membuatkan diri ini berfikir mengenai kekurangan diri di hadapan tuhan, walaupun adakalanya topik artikelnya berkenaan CINTA sesama manusia. Entah mengapa, saya memang tertarik dengan bahasa yang digunakan dalam menyampaikan mesej yang terkandung dalam artikelnya. Analogi yang digunakan logik, dan mudah diterima akal.

Begitu juga dengan tulisan Ustaz Hasrizal yang banyak berkisar mengenai hal kekeluargaan. Ulasan dan penjelasan yang diberikan melalui artikel dan ceramahnya mudah untuk saya tangkap dan fahami (cuma sukar juga nak laksanakan) serta sesuai dengan situasi semasa!



Ada yang mengatakan saya sebagai "mat jiwang" kerana membaca buku Pahrol Md Juoi seperti Tentang Cinta, Satu Rasa Dua Hati dan Aku Terima Nikahnya (tulisan ustaz Hasrizal). Malah artikel yang ditulisnya banyak yang bersifat kekeluargaan.

"ape bace buku JIWANG ni?"
"dah nak kawin ke bace buku macam ni?"

Antara sindiran dari kawan-kawan, malah adik saya sendiri...
Sekali pandang, mungkin ada yang tersalah tafsir bukunya sebagai buku Jiwang karat! Seperti lambakan novel cinta di pasaran.

Namun hakikatnya bila membaca hasil tulisan buku tersebut, kita akan mengerti betapa pentingya hubungan kita dengan Allah yang maha pengasih! Bagi yang sedikit peka, terasa sangat diri ini sangat jauh dan banyak leka, lalai, alpa dengan kehidupan sebagai HAMBA ALLAH. Apa yang dapat saya rumuskan, untuk mendapat cinta daripada manusia@hamba Allah, perlu kita fokus 100% dahulu cinta kita kepada Allah! Bunyinya mudah bukan, tapi pelaksanaannya amat sukar. Buktinya? Nilai sendiri diri kita, adakah kita taat dan patuh pada suruhan dan larangannya. Atau hanya banyak mengundang murka?

Kefahaman yang saya dapat dari pada bacaan hasil tulisan Pahrol sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan diri ini, dan saya sedar banyak kali saya telah terpesong dan lalai dalam menunaikan perintah Allah, termasuk dalam menyalurkan perasaan cinta pada manusia. Manusia pada hari ini ramai yang tersilap menyalurkan perasaan CINTA mereka, dan ramai juga yang tak mahu mengaku dah tersilap......

Jika kita teliti dan amati betul-betul, kebanyakan masalah sosial yang melanda hari ini berpunca daripada longgarnya kawalan dalam diri serta masalah didikan daripada ibu bapa atau keluarga. Namun hal didikan, kekeluargaan, keutamaan cinta seringkali dipandang enteng oleh kita semua.

Bagi yang belum berumahtangga, saya amat mengesyorkan anda membaca buku tersebut sebagai persediaan menempuh alam rumah tangga. Kerana yang menanti di alam rumahtangga itu adalah satu tanggungjawab yang amat besar, tidak kira sebagai suami mahupun sebagai isteri. Untuk memikul tanggungjawab dan menunaikannya dengan baik, kita perlukan ilmu dan persediaan, bukannya bersifat sambil lewa. Ramai diantara kita yang menangguhkan perubahan positif untuk dibuat selepas kahwin. Contohnya:

"alah kalau dah kawin nanti elok la perangainya tu"
"dah kawin nanti baru la aku tutup aurat"
"balik lewat selalu,lepak-lepak takpe...aku bujang lagi..kawin nnt aku ubah la"


Perubahan bukan berlaku sekelip mata, tapi perlukan masa, dan kekuatan hati untuk melaksanakannya. Biar sedikit perubahan, asalkan kita istiqamah. Lebih baik daripada berubah drastik, tetapi hanya sementara dan rasa amat terbeban.

Kalau lagi 2 bulan nak kawin baru nak belajar fardu ain, baru nak membaca tips dan petua rumah tangga, baru nak ubah perangai berbudi bahasa dll...Alamatnya memang susahnya lepas kahwin nanti..Jadi tak salahkan jika kita bersedia awal? Persediaan banyak boleh dilakukan dengan menumpukan kepada pembaikan perbadi dan akhlak diri sendiri. Nak yang baik, kita kena jadi baik dahulu. Nak yang soleh@solehah, kita perlu soleh@solehah dahulu.

Saya pernah mengesyorkan buku Tentang Cinta dan Satu Rasa Dua Hati untuk di baca oleh kawan-kawan (lelaki). Ini antara reaksi yang diterima:

" tak main la bace buku cintan-cintan ni.. Tentang Cinta...mende ni??"
" hek eleh...bosan la jiwang-jiwang ni"
" takde masa aku bace buku macam ni. buang masa je"


Padahal yang memberi reaksi begitu, kebanyakannya jadi seperti kucing manja apabila bersms atau bergayut dengan GEWE masing-masing....tak main baca buku jiwang konon....
Kebanyakannya menilai dari luaran semata-mata.


1 ulasan:

My so-called life berkata...

Salam.

saya terserempak dengan entry ini dlm google. anyway, saya tertarik hati membaca entry ini kerana saudara turut meminati hasil tulisan kedua-dua Ustaz itu. ye, memang benar buku itu sangat elok untuk dibaca buat bakal isteri dan suami. bukan mudah utk mdptkn yg solehah dan yg soleh, andai diri belum soleh/solehah.

saya suka bila saudara quotekan kata2 sahabat lelaki saudara mengenai bacaan buku2 sebegini. sememangnya, susah ingin mencari lelaki yang menyedari hakikat tanggungjawab yang sebenar-benarnya di zaman ini. begitu juga perihalnya dengan wanita.

renung2kanlah dan saling muhasabah diri kita. wallahu'alam. terima kasih.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...