Cuti ini minda saya agak tenang kerana meninggalkan seketika (bukan tinggal terus) tugasan dan assignment yang diberi oleh pensyarah. Nak dijadikan cerita terpandang pula album gambar lama, semasa di tingkatan enam di SMKA Segamat.
Printer baru
Saya memanfaatkan printer yang belum sampai usia seminggu ini. RM 183 telah saya habiskan untuk membeli printer HP Deskjet F4280 All in one. Fungsi scan yang ada dimanfaatkan untuk scan gambar-gambar lama.
inilah printer yang saya beli
Gambar-gambar lama bersama kawan-kawan saya scan satu demi satu (yang mana saya rasa mahu scan). Letih juga kerana banyak gambar yang perlu di scan.
Langkah ini diambil untuk langkah keselamatan. Ditakuti gambar yang ada itu hilang atau dimakan lipas atau terkoyak atau lain-lain keadaan yang membuatkan gambar itu rosak. Lagipun zaman sudah berubah, kebanyakan gambar disimpan dalam bentuk digital. Tiada lagi filem hitam yang bergulung. Tambahan pula negatif filem saya terutamanya semasa di F6 telah pun berjaya DIHILANGKAN oleh encik BOlok a.k.a Farid. Jadi apa yang saya mampu ialah menyelamatkan saki baki gambar yang ada.
Saya suka ambil gambar...
Saya memang suka mengambil gambar. Kerana dengan gambar itu, berbagai kenangan yang akan dapat kita imbau kembali. Terutama bersama kawan-kawan. Sebab itu kebanyakan gambar yang saya "snap" adalah gambar beramai-ramai. Amat jarang sekali saya ambil gambar solo sama ada diri sendiri atau orang lain. Saya juga sering dicari apabila ada kawan-kawan yang memerlukan kamera untuk mengambil kamera. Senang kata, "nak pinjam kamera, pergi cari poji."
Namun hobi mengambil gambar itu terbantut apabila saya menjejakkan kaki ke UM pada tahun 2003. Kebetulan kamera saya hilang (entah ke mana saya tak tahu) dan ditambah pula dengan peralihan kepada penggunaan kamera berbentuk Digital. Sepanjang tempoh itu hingga sekarang, gambar yang ada dalam simpanan saya adalah hasil belas ihsan daripada tuan punya kamera. Dan saya masih lagi tidak mempunyai kamera digital hingga saat ini.
Jadi "gadjet" sasaran saya seterusnya adalah sebuah kamera digital.......
Zaman sekolah
Saya mengakui kata-kata guru kelas saya dahulu - Ustaz Zambri - yang kini bertgas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Katanya zaman paling seronok ialah zaman sekolah. Bila difikirkan semula, saya paling suka dan seronok semasa di tingkatan 6. Kenapa? Sukar nak dijelaskan.
ustaz zambri sedang baring (kami melawat ketika dia sakit)
Tapi zaman tingkatan 6 banyak mengubah diri dan personaliti diri saya. Mungkin kerana bercampur dengan kawan-kawan yang mempunyai pelbagai ragam. Antaranya saya belajar untuk lebih banyak bercakap (dahulu memang pendiam sangat), lebih bertolak ansur dll..Walaupun ramai kawan-kawan boleh tahan degilnya (hingga kami dikenali oleh guru-guru kerana keras kepala), namun saya rasa seronok.
Di tingkatan 6 juga saya merasa hukuman gantung sekolah selama 10 hari. Agak pelik kerana sebelum itu, saya tidak pernah dikenakan hukuman walaupun hukuman rotan.
Saya memang rindu masa seperti itu...Bila melihat semula gambar-gambar yang ada, memang mengundang gelak ketawa (bersendirian), dan saya rasa gembira bila berpeluang berjumpa dengan teman-teman lama semasa bersekolah dahulu...
masa muda...
Zaman persekolahan memang menyeronokkan....
***dahulu saya sangat kurus......tidak seperti sekarang, babat semakin banyak berkumpul di badan.
8 ulasan:
enche' poji, yg mana satu anda? yg sedang duduk,berspek mata kt blkg baju hitam tu ke?
iye..bercermin mata, mulut ternganga. tapi itu masa kurus. sekarang sudah gemok......alifmimyanun juga ada di situ.
alifMimyanun, rendah orangnya. yang baju putih nampak perut tu ke?
ke yang pakai topi bulat duduk kat dpn yang kelihatan sangat gembira tu?
berdiri, kanan sekali berbaju putih. semua org kelihatan gembira di situ....
betul juga tekaan sue yg baju putih. tak pandang kamera tu, rambut dia pendek...sekarang panjang...
dia kan artis, rambut panjang memang trademark kartunis kot...ehe
tak lama lepas gambar diambil..majoriti kami berkepala gondol kerana masuk kawad kaki.
sikat dan minyak rambut yang dibeli jarang digunakan.
rasanye macam tahu kes kena gantung tu..biasala reporter ramai..
zaman tu rasanye zaman rebel kot..
kalo aku de time tu..
rindu zaman sekolah kat smkas walau setahun jerk..
zaman f6 memang seronok...
sampai merasa la bergaduh dengan pengetua sekolah.
-merasa juga naik pentas dapat hadiah walaupun pernah di gantung.
-merasa juga membuat kolam di taman asrama.
-dapat bercampur dengan kawan yang perangainye macam-macam.
-merase aktif dalam kokurikulum hingga gondol kepala hampir sepanjang tahun
Catat Ulasan