Ahad, 25 Januari 2009

Cuti Tahun Baru Cina..Selamat bercuti

Cuti kali ini agak lama....Berlangsung selama empat hari. Mungkin bagi sesetengah syarikat, ada yang memberi cuti selama seminggu kepada staff.

Selamat bercuti bagi yang bercuti lama.

Meminang..
Bila cuti panjang, biasanya pelbagai aktiviti yang akan dirancang bagi memenuhi masa yang terluang. Ibu saya memilih masa ini untuk pergi merisik bagi pihak abang saya, "mat perang" yang sentiasa sibuk dengan tugasan hariannya sebagai pegawai tentera. Cuti tidak menentu. Sukar nak diajak berjalan ke sana ke mari. Jadi dengan nekadnya ibu perancangan dibuat untuk pergi merisik di Bentong, Pahang. Namun tidak dapat diri ini turut serta kerana kereta sudah penuh.

Ini juga kali kedua ibu pergi merisik. Kali pertama pada dua tahun lepas untuk abang yang sulung di Kulim, Kedah. Destinasi yang agak jauh bagi peduduk di Selatan Semenanjung Malaysia.

Tekanan
Saya sedikit sebanyak rasa tertekan....Kerana tidak lama lagi (mungkin dalam tahun ini) majlis akad nikah bagi "mat perang" ini akan berlangsung...Memang patut pun dia kahwin, keperluan dari segi fizikal nampaknya sudah mencukupi...Dan tumpuan seterusnya pasti beralih kepada diri ini, sebagai anak nombor 3. Tandanya soalan-soalan yang kurang menyenangkan telinga sering diajukan (buat masa ini) seperti:

"sudah ada calon?"
"bila nak pergi meminang"
"lepas ni giliran siapa?"


malah kenyataan seperti
"anak aku dah berlari dah..kau bila lagi?"
juga membuatkan hati ini agak terasa...

Tambahan pula harga hantaran semakin meningkat hari ini. Mengikut maklumat yang saya terima daripada ibu, abang saya perlu menyediakan hantaran yang telah dipersetujui, sebanyak RM 10 ribu. Agak besar jumlahnya jika dibanding dengan keadaan ekonomi hari ini yang memerlukan kita berjimat cermat.....

Kepada kawan-kawan yang sering bertanya, saya masih belum berkemampuan lagi untuk berumahtangga. Belajar peringkat sarjana pun sudah cukup membuatkan diri ini tunggang terbalik dan serabut. Keadaan kewangan belum kukuh. Simpanan setiap bulan pun tak seberapa. Kerja pula baru sambilan (mengajar tuisyen).


9 ulasan:

d ordinary me berkata...

maaf, sue rasa anda tertinggal perkataan 'belum'. cuba check semula...kat mana tu

d ordinary me berkata...

'saya masih lagi BELUM berkemampuan utk berumah tangga'
bukan ke enche' tertinggal perkataan belum?

itu lah Poji, kdg2 soalan 'bila nak kawen?' memang boleh buat kita rasa tertekan...'sigh'

'Bila nak kawen?'
'Bila Allah izinkan...Doakan agar dipermudahkan urusan ye'
Jawab sambil senyum sipu sipu bak gadis/jejaka pemalu...ahaks

fauzi berkata...

sudah dibetulkan dan dikemaskini.
terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

bila bab macam nie memang susah nak dikata...
kalo lelaki dah rasa tempiasnye..
apatah lagi perempuan..

hanya mampu tersenyum kalo diaju soalan..takpun insyaallah..
bila tiba saat dan waktu itu.. =)

fauzi berkata...

fadilah kamsah kate kena sebut dengan jelas tempohnye dan dengan yakin...contohnya lagi setahun, 2 tahun, 3 tahun.

d ordinary me berkata...

ohh, macam tu? sebab 'words are doa' kan...

Tanpa Nama berkata...

erm... bawa bertenang ye dengan isu ini... aku sendiri sudah alami. adik aku da nikah dengan selamat nya tahun lepas. sangat pressure masa tu tapi sekarang ok je.. :)

neway, life must go on... :)

fauzi berkata...

iye betul. kata-kata itu doa.
lagipun dr segi psikologinya, benda yang kita sering sebut dan yakin, contohnya seperti azam yang jelas, akan mempengaruhi minda bawah sedar untuk bertindak ke arah azam kita..

sekarang saya sering sebut, lagi 2 tahun saya mahu kawin haha

Tanpa Nama berkata...

ha kamu
lagi 2tahun mahu kawen?
ok
nanti saya ikut lagi taim meminang ye

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...