Alhamdulillah...Saya dapat banyak buku percuma bulan ini. Jika dihitung-hitung, lebih RM 100 juga habis kalau dibeli menggunakan duit sendiri. Nak dijadikan cerita, tuan punya buku yang asal tidak mahu buku tersebut lantaran lambakan buku-buku lain yang masih belum sempat dibaca. Daripada membiarkan buku itu terbiar tak dihiraukan oleh tuannya, eloklah saya kutip dan simpan untuk dibaca. Itu pun setelah mendapat izin daripada tuan punya buku...
Kasih disemai, sayang dituai
Satu rasa dua hati
Cinta luar biasa di alam rumahtangga
Alahai pengantin baru
Demi masa
Satu anugerah : Kembara Atiq Wazif
Setakat ini 3 buku sudahpun dibaca....Yang lain insyaAllah dibaca bila berkelapangan.
Kasih disemai, sayang dituai
Satu rasa dua hati
Cinta luar biasa di alam rumahtangga
Alahai pengantin baru
Demi masa
Satu anugerah : Kembara Atiq Wazif
Setakat ini 3 buku sudahpun dibaca....Yang lain insyaAllah dibaca bila berkelapangan.
9 ulasan:
mmm agak aneh...ada juga orang yg tidak mahu bukunya lagi...mahal ni.
rezeki kamu enche'Poji... u r so lucky!
-mahu kumpul duit untuk pesta buku 2009- ahaks
orang itu lebih cenderung membace buku berbahasa Inggeris. Tebal-tebal pulak tu.....
Jadi buku bahasa Melayu ni daripada terbiar tak dibaca, baik bagi pada orang yang mahu..
dapat juga pahala sedekah
ish ish 'orang itu'...buat apa la beli kalau tidak dibaca...
terlupa....
buku itu diberikan percuma oleh rakannya, bukan dibeli.
oohhh..it makes sense now...
ditakdirkan memang jadi rezki kamu^^
tapi buku buku tu banyak yang bertemakan 'perkahwinan' ..mmm ..?
kasih disemai sayang dituai - cerita memori dan pengalaman hidup Dr Amida dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.
Satu rasa dua hati - menekankan pentingnya dan perlu kukuhkan cinta kepada TUHAN jika mahu cinta kepada makhluk diberkati.
cinta luar biasa di alam rumahtangga - menceritakan pengalaman penulis bercinta selepas kahwin dan asas cintanya adalah cinta kepada Pencpta kita (Allah)
alahai pengantin baru - kisah dan pengalaman alam rumahtangga, asam garam berumahtangga...penting untuk tahu serba sedikit.
Demi masa - tengok tajuk pun tahu kan mengenai apa....kerugian membazir masa yang diibaratkan seperti nyawa.
Satu anugerah - pengalaman keluarga membesarkan anak istimewa...langit tak selalu cerah..jangan sangka kita tak akan diuji....Ada tips penting berkaitan dengan kanak-kanak (untuk cikgu pun boleh)
mmm, macam menarik buku atiq wazif tu...tak pernah baca buku yang begitu, mungkin nak cari nanti
wahhh..boleh pinjam camnie..
banyak koleksi buku baru nampaknye..
p/s: tengah berusaha nak menelaah koleksi majalah Anis.
A'kum..
X sia2 bagi buku2 tu kat Ustaz Poji!
Untung2 dpt pahala biler ust sebarkan ilmu daripada buku2 tu. Ye x?
Ex-owner
Catat Ulasan