Khamis, 4 Disember 2008

lagi mengenai tandas


Bulan 12 ini saya sering berulang alik ke hospital Sultan Islmail Johor Baru. Jadi bila ke tempat-tempat seperti itu, seringkali juga saya gunakan tandas di situ. Kasihan melihat pekerja yang bertungkus lumus mencuci tandas setiap hari.

Tandas di HSI itu memang bersih, tetapi saya terkilan dengan sikap majoriti penguna tandas awam di HSI. Ramai yang hanya tahu "melepas" sahaja tanpa memikirkan kebersihan untuk terus digunakan oleh pengguna lain. Asal hajat sendiri tercapai cukuplah....

Situasi di bawah kerap saya temui apabila masuk menggunakan tandas awam, termasuk di HSI..kalau diikutkan nisbah adalah 7:3. Bermaksud daripada 10 tandas awam yang saya masuk, 7 daripadanya akan mempunyai situasi seperti di bawah.

  • Pengguna terdahulu tidak "flush"..amat menjijikkan melihat hasil sisa buangan mereka...Kerap kali air dalam mangkuk tandas kuning (tidak flush selepas buang air kecil)
  • Bau tandas hancing dan busuk...Apabila air dijirus ditepi-tepi mangkuk tandas, kelihatan sisa-sisa "buangan" yang kekuningan...(agaknya yang gunakan tandas itu tak pandai buang air...bersepah-sepah!)
  • Kerap kali juga terlihat kesan air kencing kekuningan yang sudah hampir kering di tepi mangkuk tandas.
  • Paip air tidak ditutup sempurna.....Membazir....
  • Puntung rokok dibuang dalam tandas ( yang menggunakan mungkin takpandai guna tong sampah)
Alasan budak kecil menggunakan tandas, tandas akan kotor tidak boleh diterima. Budak kalau diajar, mereka akan ikut. Yang silapnya bila salah ajar, tunjuk contoh yang tak elok. Kalau biasa lihat dan tahu ayahnya kencing beridiri, anaknya pasti akan ikut juga...

Saya tidak terlalu cerewet. Tandas dirumah pun tidaklah sampai bersih berkilat bersinar, sekadar bersih, selesa untuk orang gunakan, bau yang tidak busuk, saya rasa sudah cukup ok.

Hal-hal seperti ini menunjukkan ramai di kalangan kita tidak perihatin, mementingkan diri sendiri dan tidak kurang juga, pengotor......Mentaliti seperti ini seperti sudah lama sebati dan sukar hendak dibuang...Betul juga kata orang bijak pandai, mengubah sikap manusia seperti membentuk lubang di atas batu dengan menitiskan air di atasnya....Lambat, namun tidak mustahil....


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

emm..mcm tu ke tandas HSI?
nasib masih ada tukang cuci tandas..
kalo tak ape ke rupanye la hai tandas tu..

fauzi berkata...

tak semua tandas di HSI begitu..yang jadi begitu biasanya tandas yang kerap digunakan orang awam yang dapatkan rawatan di HSI tu.

kalau takde cleaner...rasanya tak gamak dah nak masuk tandas macam tu...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...