Hari ini saya ada membelek beberapa surat khabar harian untuk melihat berita semasa yang berlaku. Tak silap saya di utusan Malaysia atau Berita Harian, ada berita yang bertajuk, " PNB janji dividen 8 peratus". Dalam akhbar harian metro pula, isi berita hampir sama, tetapi tajuknya belainan sedikit "PNB yakin beri diveden 7 hingga 8 peratus"
lebih kurang begitu yang saya ingat. Saya bukan pakar bahasa, tapi melalui dua tajuk berbeza (walaupun isi artikel sama)
"PNB janji dividen 8 peratus"
"PNB yakin beri dividen 7 hingga 8 peratus"
Sekali imbas mungkin tiada bezanya, tetapi jika diamati, ia akan jadi perkara yang amat berbeza sekali. Ilmuan Syariah dalam bidang muamalat pastinya dapat mengesan perbezaannya.
Tajuk berita yang pertama - ia jelas menunjukkan PNB memberi riba yang haram kepada pelaburnya. Mengapa? Kerana mereka menjamin pulangan. Dalam ertikata lain menjanjikan pulangan yang tetap. Sama seperti fixed deposit di bank-bank (selain perbankan Islam), hukum interest tersebut haram (tidak perlu fatwa lagi).
Tajuk berita yang kedua - tiada masalah kerana sekadar menganggarkan nilai keuntungan yang dijangka akan diagihkan kepada pelabur. (walaubagaimanapun saham amanah PNB seperti ASB tidak tersenarai oleh suruhanjaya sekuriti dalam senarai saham amanah yang patuh syariah. Boleh semak di web suruhanjaya sekuriti)
Saya tak tahu siapa yang menetapkan tajuk berita ini. Kalau arwah ayah masih ada, tentu dia ketawa kerana tajuk tersebut bagi saya menunjukkan penulis artikel keliru dengan berita yang ditulisnya sendiri. Impak penggunaan bahasa amat penting. Sedikit perbezaan mungkin membawa kepada pengertian yang berbeza.

8 ulasan:
asb saham dia tak patuh syariah. haram ye? sbb ASW tu termasuk juga ke ?
ada kawan yang kerja di bank, katanya perbankan islam dah buat keputusan, tak akan bagi pembiayaan untuk beli saham asb. ASB tak tersenarai dalam list patuh syariah bnm. sebabnya boleh rujuk web zaharuddin.net. panjang nak cerita sini
tapi majlis fatwa dah putuskan harus. tetapi bagi ahli akademik terutamanya dalam bidang muamalat, mereka tak ambil ASB.
Perbankan Islam dah lama di Malaysia, tapi PNB yang merupakan syarikat yg membantu BUMIPUTERA masih tak dpt ubah ASB pada saham patuh syariah...malu kan?
pembetulan...yang keluarkan list saham amanah patuh syariah adalah suruhanjaya sekuriti, bukan BNM. harap maklum
pelik manusia ni..
sudah terang lagi bersuluh...
pun tak nak ikut gak..
nieza:
manusia susah nak tukar kalau dah biasa...
kami dalam dunia muamalat sukar nak tarik dan beri kefahaman untuk orang guna sistem muamalat islam...kadang-kadang dah berbuih jelaskan, lambat nak ubah..perlu ambi banyak masa, walaupun ahli keluarga sendiri.
contoh:
dari perbankan konvensional ke perbankan islam, dari melanggan produk insuran ke produk takaful..
dari pengalaman bekerja
ada bank yang mencampur adukkan transaksi konvensional dan islamic..
maksudnye orang yang sama buat dua benda yang berbeza..
mungkin orang menganggap tak de masalah..
tapi bila dah bercampur faham2 jela..
bahase jiwe bangse.
orang-orang utusan memang tak berbangse, kecuali mastika.
nieza:
oh...itu sebenarnya tiada masalah selagi sistem yang digunakan berbeza.mcm cimb, operasi di kaunter cimb dan cimb islamic dibuat pada satu kaunter iaitu cimb bank. tetapi tiada masalah sebab sistem yang digunakan berbeza...
namun adalah lebih baik jika yang mengendalikan urusan tersebut adalah orang yang mempunyai "jiwa" untuk menggunakan perbankan Islam.
alifmimyanun:
tak tahu mcm mana editor boleh luluskan tajuk tu...nak tarik keyakinan pelabur pada ASB agaknya.
Catat Ulasan