Jumaat, 21 November 2008

lelaki..jadilah insan dan pembela yang soleh....


Lelaki dan perempuan dijadikan untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Perbezaan yang wujud antaranya adalah perbezaan yang perlu diraikan. Lelaki pada umumnya mempunyai fizikal yang lebih kuat berbanding wanita dan mempunyai perilaku yang lebih kasar berbanding perempuan yang lembut. Sesuai dengan perwatakan ini, lelaki selalunya bertindak sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Tidak cukup setakat itu, lelaki juga bertindak sebagai pelindung kepada kaum wanita.

Untuk menjadi pemimpin dan juga pelindung yang baik kepada wanita, lelaki sepatutnya membekalkan dirinya dengan ilmu untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Tidak cukup jika ilmu yang ada cuma ala kadar, tak akan tertanggung tanggung jawab itu nanti. Malah silap-silap tanggungjawab yang dipikul dianggap menjadi beban yang sangat menyakitkan.

Hari ini hati saya cukup sakit melihat kaum sejenis saya yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai lelaki...Bukan itu sahaja, lelaki yang sepatutnya jadi pelindung bertukar menjadi perosak dan peragut kesucian wanita..

Penularan penyakit hipokrit ini semakin menjadi-jadi apabila berjumpa sendiri dan berhadapan dengan lelaki jenis ini yang tempat belajarnya adalah sama dengan saya. Di depan kita senyum, ramah, mesra malah kelihatan 'alim dan warak...Namun hakikat dibelakang kita, hipokrit dan banyak kerosakan yang dilakukan kepada wanita, tetapi diselndungkan dan ditutup dari pengetahuan umum. Tidak pernah keluar perkataan maaf dari mulutnya atas kesilapan yang telah dilakukan.

Saya sebagai lelaki sangat sedih kerana wujud lelaki yang tidak berperikemanusiaan seperti itu. Kepada wanita, harap berhati-hati bila bersama insan bernama lelaki, sebaik mana pun anda kenal dia, jangan percaya 100%, walaupun perwatakannya seperti malaikat....Dia masih lagi orang asing bagi kamu...

Wanita....pastinya amat membenci lelaki seperti itu bukan...

Saya berpesan pada diri saya sendiri...Jadilah lelaki yang soleh...Jadilah pelindung kepada kaum wanita...Kerana lelaki seperti ini semakin berkurangan pada hari ini.....

10 ulasan:

ain fadzal berkata...

aku nak marah lelaki mcm ko, mcm takde point sbb ko mmg baik.
:D

fauzi berkata...

ain:
saya telah berjumpa dengan realiti yang dahsyat...tolonglah cari lelaki yang bertanggung jawab

Tanpa Nama berkata...

hem...memang sukar nak cari yang baik n b'tggung jwab..kdg2 di depan memang baik..pijak semut pun tak mati..tapi belakang.. wallahualam.. cuma nak yang soleh kena jadi solehah dulu.. betul tak en poji..=)

Tanpa Nama berkata...

lelaki oh lelaki.macam mana nak bercerita dengan anak-anak nanti mengenai lelaki generasi kita.mungkin boleh berbicara ohh!ibu ade teman baik namanya nur fauzi bassar. oh ibu ade juga teman yang jahat nama nya ....macam mana ya..?

Tanpa Nama berkata...

nampaknye en fauzi mendapat "high marks" kat sini...=)

d ordinary me berkata...

realiti kadang kala menakutkan...

bipeds earthdweller berkata...

mengetahui tanggungjawab adelah satu perkare, melaksanekannye adelah satu perkare. perkare yang ke 2 selalunye sukar.

sue:
realiti memang menakutkan.

fauzi berkata...

nieza:
nak jadi soleh kena usaha kuat

aniz:
mungkin jahat ikut pandangan kita...

sue:
sya telah berjumpa dengan realiti yang menakutkan

bipeds:
memang takut jadinya pada yang telah jumpa

Tanpa Nama berkata...

dari lelaki utk lelaki... :)

fauzi berkata...

tini:
ingat mengingati...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...