Khamis, 23 Oktober 2008

bahasa generasi kini

Saya masih ingat lagi kempen yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) iaitu "BAHASA JIWA BANGSA". Saya percaya juga ramai di kalangan kita yang tahu kempen ini atau sekurang-kurangnya pernah terdengar ungkapan tersebut. Dan saya rasa ramai juga yang bersetuju bahawa kempen ini tidak berjaya dan seolah-olah dipulaukan oleh masyarakat pada hari ini. Tidak dinafikan ramai juga yang peka dengan gaya penggunaan bahasa tetapi golongan yang meminggirkannya ternyata jauh lebih ramai mengatasi mereka yang peduli.

"cantik sial jam kau tu..kat mane kau beli tu?"

"murah jerr harge die...sepuloh hengget je.."

"relaks ler cikgu. tak sporting langsung la"

" i think die punye colour tu kurang bright sikit la...kasi change la !"


Bahasa yang diucapkan oleh seseorang rasanya amat berkait rapat dengan akhlak seseorang dan juga gaya pemikirannya. Beberapa dialog di atas adalah antara contoh bahasa anak-anak muda generasi kini yang saya kira sudah hilang kepedulian terhadap bahasa bangsanya sendiri.

Bukan cakap kosong, tetapi anda boleh terjun ke tengah-tengah masyarakat dan saksikan sendiri kemusnahan bahasa melayu yang sedang berlaku.

Bukan mengatakan yang diri ini sangat sempurna apabila berbahasa, tapi sekurang-kurangnya saya cuba menjaga dan berbahasa seelok yang mungkin kerana saya yakin apa yang diucapkan itu, melambangkan akhlak dan peribadi diri saya sendiri.

"ala asal orang lain paham sudah le" antara ungkapan yang selalu sangat didengar..........

Saya pernah melihat seorang wartawan menanyakan pendapat kepada seorang pemuda tentang progam motivasi dihadirinya.

wartawan : Apa perasaan adik setelah selesa menjalani program ini?
remaja : Best giler program ni. Kawan-kawan ramai giler yang support. Respek betul kat pengendali program ni. Gempak gileerrr!!

Sekali imbas, memang seperti tidak ada apa-apa yag berlaku. Tapi bila melihat gaya, gaya bahasa dan intonasi yang dilontarkan membuat hati ini agak sakit dan rimas.

Kenapa kita suka mendengar lagu?

Sebab pada pandangan saya kebanyakan lagu-lagu yang berkualiti digubah dengan gaya bahasa yang indah dan menarik dan juga ringkas serta mudah difahami oleh pendengar. Bahasa yang baik ini pula bila dilagukan sesuai dengan senikata, akan membuatkan pendengar menjadi tertarik dan suka pada lagu itu.


Tidak ramai antara kita yang suka mendengar lagu yang mencarut-carut, memaki hamun dan kurang elok bahasanya. Ramai di kalangan kita suka lagu yang damai dan tenang, bermaksud telinga kita suka mendengar kepada yang indah dan baik-baik. Jadi apalah salahnya kita elokkan sedikit bahasa apabila kita berinteraksi dan bercakap dengan orang lain. Malah dalam menulis juga perlu! Ejaan yang betul, kurang singkatan, bahasa yang baik, pasti akan lebih menarik pembaca untuk membaca apa yang kita tulis. Malah mesej yang kita ingin sampaikan insyaAllah akan sampai.

sms atau e-mail

Ramai juga sedar yang penyakit menulis short form atau ringkasan semakin menular. Hampir semua perkataan hendak diringkaskan. Contohnya saya menjadi sy, awak menjadi awk, dan bermacam-macam lagi....Saya pernah hingga ke satu tahap meminta orang yang mengirim sms kepada saya supaya menghantar semula smsnya dengan bahasa dan perkataan yang dapat saya faham. Bukan terlalu obses atau rigid, tetapi jika boleh, biarlah ringkasan yang digunakan dapat difahami oleh penerima, bukan oleh pengirim sms sahaja. Mungkin dalam menggunakan sms kita perlu kepada ringkasan memandangkan ruangnya yang terbatas. Tetapi harapnya kita dapat minimumkan ringkasan, bahasa rojak dan perkataan yang kurang menyenangkan apabila menulis email, memberi maklumbalas atau respon, menulis artikel dan banyak lagi.


BAHASA JIWA BANGSA...!

3 ulasan:

alifmimyanun berkata...

aq tk dpt g

bermaksud
1-> aku tak dapat pergi
2-> aku tak dapat lagi.

entah bgaimane mereke membezekan antare pergi dan lagi

fauzi berkata...

mungkin bergantung kepada apa yang dibualkan....

fauzi berkata...

mungkin bergantung kepada apa yang dibualkan....

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...