Pagi hari Khamis adalah giliran saya untuk menyediakan sarapan pagi di rumah sewa...Seperti biasa kira-kira pukul 7.30 pagi saya akan pergi membeli nasi lemak, sebungkus seorang untuk kawan-kawan yang kuat "melantak"... Tempat kami mendapatkan sarapan tidak jauh dari rumah, di gerai seorang makcik di Sungai Penchala yang berasal dari Negeri Sembilan. Harga nasi lemak RM 1.20 saya rasa agak murah jika menila dari sudut rasa dan kuantiti yang terkandung dalam sebungkus nasi lemak...Hari ini ada satu perkara yang menarik perhatian saya semasa menunggu nasi lemak dibungkus...Pandangan mata saya beralih pada seorang lelaki yang minun di gerai tersebut.
Seorang lelaki
Yang saya kira seorang ayah
Mendukung anaknya ...Kira-kira berumur 8 bulan
Sedangberbual mesra dengan kawannya
Tetapi dalam masa yang sama enak menikmati (menghisap) rokok!!!!!!!
gambar hiasan
Saya rasa perbuatan itu adalah sangat-sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang ayah.
Perbuatannya sangat berdosa pada saya kerana dia MERACUN anaknya yang masih kecil itu. Budak yang tidak bersalah itu hanya pasrah menyedut udara tercemar disekelilngnya yang disebabkan oleh bapanya sendiri. Ditambah lagi dengan asap rokok kawan-kawan lelaki tersebut yang turut selamba menyumbang asap rokok untuk dihidu oleh orang sekitar mereka termasuk anak kecil itu.
Rasanya umum semua tahu, asap rokok memberikan kesan negatif kepada penghisap dan orang yang berada disekelilingnya. Malah orang yang menghidu (bukan menghisap) lebih besar mudaratnya dari menghisap rokok...Tak silap saya yang menghidu asap rokok ini diistilahkan sebagai perokok pasif.
Kasihan budak itu....belum sampai umur setahun, sudah jadi perokok pasif.
Ayah saya juga adalah seorang perokok....Perokok tegar! Tetapi ayah tak pernah sengaja merokok berhampiran dengan anak-anaknya....Semasa kami adik beradik masih bayi, ibu melarang keras ayah merokok berhampiran dengan anak-anak, dan ayah akur....Tidak pun terasa tercabar dengan permintaan ibu, tetapi dia tahu kesan buruk kepada anak-anak jika dia merokok berhampiran anak-anak...Dan saya bersyukur kerana semua anak ayah dan ibu tidak merokok!
Sungguh jahil lelaki yang saya lihat itu.......Saya lebih kasihankan anak itu berbanding bapanya....Yang paling menyedihkan lelaki itu mempamerkan muka tidak bersalah....
3 ulasan:
salam..
kadang2 kesalahan dibuat tanpa kita sedari..
tp lebih teruk bila kesalahan dilakukan dalam keadaan kita sedar apa yg dibuat tu salah..
salam
kadang2 kesalahan yg dilakukan nampak kecil di mata si pelakunya...tp besar di mata si pemerhati..
ada org melakukan kesalahan dalam keadaan dia tak sedar bende tu salah..
ada juga yang lakukan kesalahan walaupun dia tau bende tu sememangnya salah..
sama2 kita muhasabah..
dari sudut kesihatan....
sangat besar kesalahan ini
cuma kesalahan ini semakin dipandang enteng
Catat Ulasan