Khamis, 29 Mei 2008

kita hanya merancang.....tuhan yang menentukan

Kita sebagai hamba tuhan, hanya boleh merancang bagaimana untuk meneruskan kehidupan....Walaubagaimanapun, apa yang terjadi dalam hidup kita, semuanya telah ditentukan oleh tuhan. Maka, tidak semestinya apa yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar.

Hari ini hakikat ini semakin saya sedari. Sekuat mana pun kita usaha untuk dapatkan sesuatu, tetapi jika Allah tetap tak mahu memberi, maka kita tidak akan dapat.


Kanser

Tahun lalu mak cik saya disahkan menghidap kanser payudara.....Penyakit pembunuh yang digeruni wanita....Alhamdulillah dia masih lagi hidup dan sihat sekarang setelah menjalani pembedahan, rawatan kimoterapi dan radiologi. Keadaannya semakin beransur pulih. Namun tenaganya tidaklah sekuat dahulu.

Kini.....Giliran ibu pula.....Hari Ahad yang lalu, ibu meminta saya membawanya ke hospital pakar di Johor Bahru...Pendek cerita, doktor mengesahkan ibu juga menghidap kanser payudara. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kanser tersebut masih lagi di peringkat awal. Cuma pembedahan untuk membuang kanser tersebut perlu dilakukan....Tidaklah seteruk Mak cik yang terpaksa dibuang sebelah payudaranya.

Ibu adalah seorang bekas jururawat. Ibu sangat mengambil berat tentang hal ehwal pemakanan kami sekeluarga. Untuk diri sendiri, ibu memang menjaga dan memilih makanan. Air dikurangkan gula, masakan dikurangkan garam. Selain itu, ibu juga turut mengambil makanan tambahan untuk menjaga kesihatan seperti spirulina, ganoderma dll....Peralatan seperti penapis air juga dibeli untuk memastikan anak-anak membesar dengan sihat.

Namun siapa menyangka, dalam ibu berwaspada dan cuba mengelak diri daripada penyakit yang kronik, akhirnya Allah duga juga dengan kanser....

Kita manusia hanya merancang....Tuhan juga yang menentukan..Mungkin penyakit yang ada ini disebabkan oleh faktor keturunan....

Syukur sebab ibu masih menerima dan bersikap positif dengan apa yang Allah berikan kepadanya sekarang.

Saya mengambil cuti kecemasan di PBAM selama lebih kurang 5 hari. Syukur sekali lagi kerana mempunyai majikan yang sangat memahami.

2 ulasan:

Ilya berkata...

poji,

aku doakan mak kau cepat sembuh

semoga kau sekeluarga tabah terima dugaan ni

alifmimyanun berkata...

iyeke ?

innalillah.
selalunye kite membenci sesuatu,
tanpe disangke itulah yang terbaik untuk kite.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...